awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN cadang wujudkan ODR bersepadu dalam reformasi e-dagang - Armizan
Keputusan STAM 2025 catat pencapaian memberangsangkan, GPK 2.81 - KPM
Mayat reput ditemukan dalam kebun kelapa sawit
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jerebu: 83 sekolah ditutup di Sabah esok - Jabatan Pendidikan Negeri

Ridzal Abdullah
Ridzal Abdullah
04/04/2016
09:34 MYT
Jerebu: 83 sekolah ditutup di Sabah esok -  Jabatan Pendidikan Negeri
Pihak Jabatan Pelajaran Negeri Sabah bersama dengan JAS Sabah akan memantau perkembangan dari semasa ke semasa. - Foto Astro AWANI / Ridzal Abdullah
Jabatan Pendidikan Negeri Sabah mengumumkan bahawa sejumlah 83 sekolah akan ditutup di negeri itu esok membabitkan sekolah di daerah Papar, Beaufort dan Kuala Penyu, penambahan enam buah sekolah lagi berbanding 77 buah sekolah semalam akibat jerebu.
Pemangku Pengarah Pendidikan Sabah Maimunah Suhaibul berkata pihaknya mengambil keputusan mengarahkan sekolah tersebut ditutup kerana mengambil kira laporan daripada Jabatan Alam Sekitar (JAS) Sabah dimana Indeks Pencemaran Udara (IPU) masih di tahap tidak sihat.
"Jumlah itu melibatkan 53 sekolah di daerah Beaufort, Papar (16) dan Kuala Penyu (14) dengan seramai 22,782 pelajar terjejas akibat tahap jerebu tidak sihat yang melanda daerah itu," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Kem Membaca 1Malaysia 2016 peringkat negeri Sabah di sini hari ini.
Menurutnya, setakat pukul 10 pagi tadi, kawasan terbabit mencatatkan bacaan IPU tidak sihat melebihi 150.
Kebakaran hutan tidak terkawal di Sabah menyumbang kepada jerebu di negeri tu.
Jerebu di Sabah disumbangkan oleh kebakaran hutan yang tidak terkawal. - Gambar fail
Bagi kawasan Bandaraya Kota Kinabalu , beliau berkata belum ada keperluan untuk menutup sekolah kerana bacaan IPU masih berada pada tahap yang memuaskan.
Pihak Jabatan Pelajaran Negeri Sabah bersama dengan JAS Sabah akan memantau perkembangan dari semasa ke semasa dan akan mengumumkan sebarang perubahan dan perkembangan.
"Kami akan terus membuat pemantauan jerebu, dan jika, esok bacaan IPU menurun (di tiga daerah terbabit), kemungkinan sekolah dibuka semula pada keesokan harinya (6 April). Kita berharap (jerebu) tidak berpanjang kerana ia akan mengganggu sesi pembelajaran," katanya lagi.
Sekolah yang akan ditutup esok membabitkan SK Kimanis, SK Our Lady of Fatima, SK Kelatuan, SK Tanaki, SK Tampasak dan SMK Bongawan II.
Jumlah keseluruhan pelajar yang terjejas bagi kesemua sekolah terlibat adalah 22,782 orang dengan10,272 orang pelajar sekolah rendah dan 12,510 lagi pelajar sekolah menengah.
Topic Berkaitan
#IPU
#Jabatan Alam Sekitar
#Jabatan Pendidikan Negeri Sabah
#jerebu
#Maimunah Suhaibul
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan