Skip to main content

Malaysia

Jerebu: Bacaan IPU di Pasir Gudang meningkat kepada 156 setakat 3 petang

Larkin di Johor dan Ibu Pejabat Daerah (IPD) Serian di Sarawak masing-masing kekal pada bacaan IPU 152 sejak jam 2 petang tadi. Sri Aman di Sarawak pula mencatatkan penurunan kepada 149 berbanding 151 pada jam sebelumnya. -Gambar hiasan/Bernama
Larkin di Johor dan Ibu Pejabat Daerah (IPD) Serian di Sarawak masing-masing kekal pada bacaan IPU 152 sejak jam 2 petang tadi. Sri Aman di Sarawak pula mencatatkan penurunan kepada 149 berbanding 151 pada jam sebelumnya. -Gambar hiasan/Bernama

Advertisement

Ringkasan AI

  • Pasir Gudang, Johor mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tertinggi di negara ini iaitu 156 setakat jam 3 petang.
  • Empat stesen di Johor dan Sarawak kekal dalam kategori tidak sihat, manakala 60 stesen lain berada dalam kategori sederhana.
  • Hanya tiga stesen merekodkan kategori baik, dengan Kangar, Perlis mencatatkan bacaan IPU terendah iaitu 35.

KUALA LUMPUR: Pasir Gudang di Johor terus merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tertinggi di negara ini apabila meningkat kepada 156 setakat jam 3 petang ini.

Berdasarkan data Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) kendalian Jabatan Alam Sekitar (JAS), empat stesen pengawasan di Johor dan Sarawak kekal berada dalam kategori tidak sihat.

Larkin di Johor dan Ibu Pejabat Daerah (IPD) Serian di Sarawak masing-masing kekal pada bacaan IPU 152 sejak jam 2 petang tadi. Sri Aman di Sarawak pula mencatatkan penurunan kepada 149 berbanding 151 pada jam sebelumnya.

Sementara itu, 60 stesen pengawasan berada dalam kategori sederhana, dengan beberapa kawasan di Sarawak, Johor dan Lembah Klang terus mencatatkan peningkatan bacaan IPU.

Samarahan di Sarawak merekodkan bacaan tertinggi dalam kategori sederhana iaitu 98, diikuti Kuching (96) dan Batu Pahat, Johor (90).

Turut merekodkan bacaan tinggi ialah Bintulu, Sarawak (89), Pengerang, Johor (88), Sarikei, Sarawak (85) dan Kluang, Johor (84).

Bagi kategori baik, iaitu bacaan IPU 50 dan ke bawah, hanya tiga stesen direkodkan setakat ini selepas Kulim Hi-Tech, Kedah beralih ke kategori sederhana dengan bacaan 51.

Tiga kawasan yang masih berada dalam kategori baik ialah Taiping, Perak (50), Langkawi, Kedah (44) dan Kangar, Perlis (35), yang turut merekodkan bacaan IPU terendah di negara ini.

Bacaan IPU antara 0 hingga 50 dikategorikan sebagai baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat, manakala bacaan melebihi 300 diklasifikasikan sebagai berbahaya.

Orang ramai dinasihatkan mengurangkan aktiviti luar, memakai pelitup muka jika perlu berada di kawasan terjejas serta minum air secukupnya bagi mengurangkan kesan pendedahan kepada pencemar udara.

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI

  • Q: Apakah bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tertinggi yang direkodkan di Malaysia setakat jam 3 petang ini? 
    A: Pasir Gudang di Johor merekodkan bacaan IPU tertinggi iaitu 156 setakat jam 3 petang ini.
  • Q: Berapakah jumlah stesen pengawasan yang berada dalam kategori tidak sihat dan di manakah lokasinya? 
    A: Empat stesen pengawasan di Johor dan Sarawak kekal berada dalam kategori tidak sihat.
  • Q: Apakah nasihat yang diberikan kepada orang ramai berikutan peningkatan bacaan IPU? 
    A: Orang ramai dinasihatkan mengurangkan aktiviti luar, memakai pelitup muka jika perlu berada di kawasan terjejas serta minum air secukupnya bagi mengurangkan kesan pendedahan kepada pencemar udara.
  • Q: Apakah kategori bacaan IPU dan julat nilainya? 
    A: Bacaan IPU antara 0 hingga 50 dikategorikan sebagai baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat, dan melebihi 300 diklasifikasikan sebagai berbahaya.
  • Q: Kawasan manakah yang mencatatkan bacaan IPU terendah di negara ini? 
    A: Kangar, Perlis mencatatkan bacaan IPU terendah iaitu 35 setakat ini.

Product Recommendation Section Title

TYESO Insulated Tumbler 900ml/1200ml

TYESO Insulated Tumbler 900ml/1200ml

adidas Football Liverpool FC Bottle Unisex Red JZ4451

adidas Football Liverpool FC Bottle Unisex Red JZ4451

adidas Football Manchester United Bottle Unisex Red IY0435

adidas Football Manchester United Bottle Unisex Red IY0435

[Le Mai.com] NIKE Sports Bottle Squeeze Cold Water Bottle Big Mouth Bottle 2.0 22 OZ/650mL N000042

[Le Mai.com] NIKE Sports Bottle Squeeze Cold Water Bottle Big Mouth Bottle 2.0 22 OZ/650mL N000042

900ml 304 Stainless Steel Handheld Thermos Insulated Vacuum Tumbler Mugater Bottle with Straw Handle cawan termos

900ml 304 Stainless Steel Handheld Thermos Insulated Vacuum Tumbler Mugater Bottle with Straw Handle cawan termos

adidas Football DFB GERMANY METAL BOTTLE Unisex White KF4127

adidas Football DFB GERMANY METAL BOTTLE Unisex White KF4127

Must Watch Video

Advertisement