Ringkasan AI
- Batu Muda, Kuala Lumpur mencatat bacaan IPU tertinggi negara pada paras 166 setakat jam 7 malam, mengatasi Johan Setia, Selangor.
- Jumlah kawasan kategori tidak sihat menurun kepada 25, selepas Port Dickson dan Seri Manjung kembali ke kategori sederhana dengan bacaan 100.
- Limbang kekal merekodkan kualiti udara terbaik di negara ini dengan bacaan IPU 34, dalam kategori baik.
KUALA LUMPUR: Batu Muda di Kuala Lumpur mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tertinggi negara pada paras 166 setakat jam 7 malam ini, mengatasi Johan Setia di Selangor yang merekodkan bacaan 164.
Menurut data Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), sebanyak 25 kawasan di seluruh negara berada dalam kategori tidak sihat, berkurangan daripada 26 kawasan pada jam sebelumnya.
Pengurangan itu berlaku apabila Port Dickson di Negeri Sembilan dan Seri Manjung di Perak kembali ke kategori sederhana dengan masing-masing mencatatkan bacaan 100.
Bagaimanapun, Balok Baru Kuantan di Pahang memasuki kategori tidak sihat selepas bacaan IPU meningkat daripada 99 kepada 106.
Di Perak, Tasek Ipoh kekal pada bacaan 152 manakala Pegoh Ipoh meningkat daripada 137 kepada 151.
Di Negeri Sembilan, Nilai dan Seremban masing-masing merekodkan bacaan 162, sementara Port Dickson turun kepada 100.
Di Melaka, Bukit Rambai mencatatkan bacaan 163, Alor Gajah 160 dan Bandaraya Melaka 159.
Di Johor, Larkin kekal pada bacaan 151, manakala Kota Tinggi meningkat kepada 120 dan Tangkak berada pada paras 158.
Di Sarawak, Sri Aman dan IPD Serian masing-masing mencatatkan bacaan 135 dan 120, manakala Kuching dan Samarahan kekal dalam kategori sederhana dengan bacaan 94 dan 91.
Sementara itu, empat kawasan berada dalam kategori baik iaitu Langkawi (49), ILP Miri (44), Kimanis (43) dan Limbang (34). Limbang kekal merekodkan kualiti udara terbaik di negara ini.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apakah kawasan yang mencatatkan bacaan IPU tertinggi di Malaysia setakat jam 7 malam?
A: Batu Muda di Kuala Lumpur mencatatkan bacaan IPU tertinggi pada paras 166. - Q: Berapa banyak kawasan yang berada dalam kategori tidak sihat menurut data APIMS terkini?
A: Sebanyak 25 kawasan di seluruh negara berada dalam kategori tidak sihat setakat jam 7 malam. - Q: Kawasan manakah yang kembali ke kategori sederhana dan apakah bacaan IPU mereka?
A: Port Dickson di Negeri Sembilan dan Seri Manjung di Perak kembali ke kategori sederhana dengan masing-masing mencatatkan bacaan 100. - Q: Apakah kawasan yang mencatatkan kualiti udara terbaik di Malaysia?
A: Limbang kekal merekodkan kualiti udara terbaik di negara ini dengan bacaan IPU 34. - Q: Bagaimana perubahan bacaan IPU di Balok Baru Kuantan dan kawasan lain yang disebut?
A: Balok Baru Kuantan di Pahang memasuki kategori tidak sihat selepas bacaan IPU meningkat daripada 99 kepada 106; Pegoh Ipoh meningkat daripada 137 kepada 151; Kota Tinggi meningkat kepada 120.