KUALA LUMPUR: Stesen Batu Muda di Kuala Lumpur terus merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tertinggi negara iaitu 174 setakat jam 1 petang ini.
Menurut Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), Johan Setia di Selangor merekodkan bacaan 171, diikuti Petaling Jaya dan Shah Alam masing-masing pada 169 serta Cheras pada 168.
Putrajaya merekodkan bacaan 164, manakala Klang dan Banting masing-masing mencatatkan bacaan 163 dan 162.
Sebanyak 28 stesen di seluruh negara kekal dalam kategori tidak sihat, sama seperti yang direkodkan pada jam 12 tengah hari.
Data APIMS menunjukkan beberapa kawasan di Pantai Timur mencatatkan penurunan bacaan IPU. Rompin merekodkan bacaan 116 berbanding 130 sejam sebelumnya, manakala Jerantut mencatatkan bacaan 111 dan Balok Baru, Kuantan 105.
Kemaman kembali mencatatkan bacaan sederhana pada paras 99, manakala Indera Mahkota, Kuantan dan Temerloh masing-masing berada pada bacaan 97.
Bagaimanapun, Paka kekal sebagai satu-satunya kawasan di Terengganu yang berada dalam kategori tidak sihat dengan bacaan 157.
Di Johor, Batu Pahat meningkat kepada 151, manakala Kota Tinggi dan Pengerang masing-masing mencatatkan bacaan 156 dan 154. Larkin, Pasir Gudang, Kluang dan Tangkak pula mengekalkan bacaan tidak sihat.
Di Perak, Tasek, Ipoh merekodkan bacaan 156, Pegoh, Ipoh (152) dan Tanjung Malim (120).
Sarawak pula terus merekodkan bacaan sederhana dan baik di semua stesen pemantauan termasuk Samarahan (85), Sri Aman (84), IPD Serian (80) dan Kuching (78).
Bagi kategori kualiti udara baik, tujuh stesen direkodkan di seluruh negara dengan Kimanis mencatatkan bacaan terbaik iaitu 27, diikuti ILP Miri (37), Langkawi (38), Limbang (40), Miri (42), Kota Kinabalu (42) dan Politeknik Kota Kinabalu (45).