Ringkasan AI
- Jumlah stesen pemantauan dengan kualiti udara tidak sihat meningkat kepada 10 setakat jam 2 petang ini di seluruh negara.
- Johor dan Lembah Klang mencatatkan bacaan IPU tertinggi, dengan Batu Pahat merekodkan IPU 158, diikuti Larkin dan Pasir Gudang.
- Orang ramai, terutama golongan berisiko, dinasihatkan mengurangkan aktiviti luar dan mengambil langkah pencegahan kesihatan sepanjang tempoh jerebu.
KUALA LUMPUR: Situasi jerebu di beberapa kawasan di negara ini bertambah buruk apabila jumlah stesen pemantauan yang merekodkan kualiti udara tidak sihat meningkat kepada 10 setakat jam 2 petang ini.
Berdasarkan data terbaharu Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), Johor dan Lembah Klang terus mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tertinggi.
Stesen Batu Pahat, Johor kekal merekodkan bacaan IPU tertinggi negara iaitu 158, diikuti Larkin (157) dan Pasir Gudang (156).
Kemerosotan kualiti udara turut dikesan di stesen Cheras, Kuala Lumpur yang mencatatkan bacaan 153.
Stesen Putrajaya dan Johan Setia, Selangor masing-masing merekodkan bacaan 151, manakala Nilai, Negeri Sembilan mencatatkan bacaan 141.
Turut berada dalam kategori tidak sihat ialah stesen IPD Serian, Sarawak (136), Kluang, Johor (119) dan Bukit Rambai, Melaka (113).
Sementara itu, 56 stesen pemantauan di seluruh negara berada dalam kategori sederhana.
Antara kawasan yang hampir memasuki kategori tidak sihat ialah Segamat, Johor dengan bacaan 99, diikuti Batu Muda, Kuala Lumpur (97), Kuching, Sarawak (97) dan Shah Alam, Selangor (93).
Hanya dua stesen di seluruh negara mencatatkan kualiti udara pada kategori baik iaitu Langkawi, Kedah dengan bacaan IPU 32 dan Balik Pulau, Pulau Pinang dengan bacaan 50.
Mengikut APIMS, bacaan IPU antara 0 hingga 50 dikategorikan sebagai baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat dan melebihi 300 berbahaya.
Orang ramai, khususnya mereka yang berada di kawasan mencatatkan bacaan tidak sihat, dinasihatkan mengurangkan aktiviti fizikal di luar bangunan.
Golongan berisiko seperti kanak-kanak, warga emas dan individu yang menghidap penyakit pernafasan turut digesa mengambil langkah pencegahan kesihatan yang sewajarnya sepanjang tempoh berjerebu.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Berapakah jumlah stesen pemantauan yang merekodkan kualiti udara tidak sihat setakat jam 2 petang?
A: Sebanyak 10 stesen pemantauan merekodkan kualiti udara tidak sihat setakat jam 2 petang. - Q: Kawasan manakah yang mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tertinggi?
A: Batu Pahat, Johor mencatatkan bacaan IPU tertinggi iaitu 158, diikuti Larkin (157) dan Pasir Gudang (156). - Q: Apakah kategori bacaan IPU menurut APIMS?
A: Bacaan IPU 0-50 dikategorikan sebagai baik, 51-100 sederhana, 101-200 tidak sihat, 201-300 sangat tidak sihat, dan melebihi 300 berbahaya. - Q: Apakah nasihat kepada orang ramai di kawasan dengan bacaan tidak sihat?
A: Orang ramai dinasihatkan mengurangkan aktiviti fizikal di luar bangunan dan golongan berisiko digesa mengambil langkah pencegahan kesihatan sewajarnya. - Q: Berapakah jumlah stesen yang mencatatkan kualiti udara pada kategori baik?
A: Hanya dua stesen mencatatkan kualiti udara pada kategori baik iaitu Langkawi, Kedah (IPU 32) dan Balik Pulau, Pulau Pinang (IPU 50).