Skip to main content

Malaysia

Jerebu bertambah buruk, Larkin dan Pasir Gudang catat IPU tertinggi setakat 7 malam

Kualiti udara di Lembah Klang dan beberapa kawasan perindustrian di Pantai Barat terus merosot apabila Bandar Diraja Klang mencatat bacaan 183, manakala Nilai dan Johan Setia masing-masing merekodkan bacaan 181. -Gambar fail/Bernama
Kualiti udara di Lembah Klang dan beberapa kawasan perindustrian di Pantai Barat terus merosot apabila Bandar Diraja Klang mencatat bacaan 183, manakala Nilai dan Johan Setia masing-masing merekodkan bacaan 181. -Gambar fail/Bernama

Advertisement

Ringkasan AI

  • Larkin dan Pasir Gudang mencatat bacaan IPU tertinggi di negara ini iaitu 184 setakat jam 7 malam.
  • Jumlah stesen dalam kategori tidak sihat meningkat kepada 27, manakala 41 stesen berada dalam kategori sederhana.
  • Langkawi tidak lagi dalam kategori baik selepas bacaan IPU naik ke 52, menjadikan semua stesen kini sederhana atau tidak sihat.

KUALA LUMPUR: Larkin di Johor kini menyamai Pasir Gudang sebagai kawasan yang merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tertinggi negara apabila kedua-duanya mencatat bacaan 184 setakat 7 malam.

Berdasarkan data portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), jumlah stesen dalam kategori tidak sihat meningkat kepada 27 stesen berbanding 26 stesen pada jam 6 petang.

Peningkatan itu disumbangkan oleh Kuala Selangor yang mencatat bacaan 102 serta IPD Serian, Sarawak yang merekodkan bacaan 103, sekali gus kembali memasuki kategori tidak sihat selepas berada dalam kategori sederhana pada jam sebelumnya.

Kualiti udara di Lembah Klang dan beberapa kawasan perindustrian di Pantai Barat terus merosot apabila Bandar Diraja Klang mencatat bacaan 183, manakala Nilai dan Johan Setia masing-masing merekodkan bacaan 181.

Sementara itu, Bukit Rambai di Melaka mencatat bacaan 177.

Kawasan lain yang kekal dalam kategori tidak sihat termasuk Cheras (174), Pengerang (174), Putrajaya (171), Bandaraya Melaka (171), Port Dickson (170), Shah Alam (169), Seremban (168), Banting (167), Kota Tinggi (167), Alor Gajah (166), Batu Pahat (165), Batu Muda (163), Petaling Jaya (162), Tangkak (161), Kluang (157), Segamat (154), Indera Mahkota, Kuantan (154), Temerloh (153) dan Kemaman (152).

Sebaliknya, Paka, Terengganu menunjukkan trend pemulihan apabila bacaan IPU turun 11 mata daripada 111 kepada 100, sekali gus beralih daripada kategori tidak sihat kepada sederhana.

Dalam pada itu, negara tidak lagi mempunyai stesen dalam kategori baik selepas Langkawi, Kedah, yang sebelum ini merupakan satu-satunya stesen dalam kategori tersebut, mencatat bacaan 52 dan beralih ke kategori sederhana. Kangar, Perlis pula merekodkan bacaan 51.

Secara keseluruhan setakat 7 malam, sebanyak 27 stesen berada dalam kategori tidak sihat (101 hingga 200), manakala 41 stesen lagi berada dalam kategori sederhana (51 hingga 100).

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI

  • Q: Apakah kawasan yang mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tertinggi di Malaysia setakat 7 malam? 
    A: Larkin di Johor dan Pasir Gudang mencatat bacaan IPU tertinggi iaitu 184 setakat 7 malam.
  • Q: Berapakah jumlah stesen yang berada dalam kategori tidak sihat dan sederhana setakat 7 malam? 
    A: Sebanyak 27 stesen berada dalam kategori tidak sihat (101 hingga 200), manakala 41 stesen berada dalam kategori sederhana (51 hingga 100).
  • Q: Kawasan manakah yang menunjukkan trend pemulihan dalam bacaan IPU? 
    A: Paka, Terengganu menunjukkan trend pemulihan apabila bacaan IPU turun daripada 111 kepada 100, beralih daripada kategori tidak sihat kepada sederhana.
  • Q: Apakah status bacaan IPU di Langkawi dan Kangar? 
    A: Langkawi mencatat bacaan 52 dan beralih ke kategori sederhana, manakala Kangar merekodkan bacaan 51.
  • Q: Kawasan manakah yang turut berada dalam kategori tidak sihat selain Larkin dan Pasir Gudang? 
    A: Kawasan lain termasuk Bandar Diraja Klang (183), Nilai (181), Johan Setia (181), Bukit Rambai (177), Cheras (174), Pengerang (174), Putrajaya (171), Bandaraya Melaka (171), Port Dickson (170), Shah Alam (169), Seremban (168), Banting (167), Kota Tinggi (167), Alor Gajah (166), Batu Pahat (165), Batu Muda (163), Petaling Jaya (162), Tangkak (161), Kluang (157), Segamat (154), Indera Mahkota, Kuantan (154), Temerloh (153), dan Kemaman (152).

Product Recommendation Section Title

SOME BY MI Daily Mask 30pcs

SOME BY MI Daily Mask 30pcs

Must Watch Video

Advertisement