Skip to main content

Malaysia

Jerebu: Bilangan kawasan tidak sihat berkurangan kepada 32 setakat 12 tengah hari

Di Lembah Klang, beberapa kawasan masih merekodkan bacaan Tidak Sihat, antaranya Cheras (174), Batu Muda (167), Putrajaya (167), Shah Alam (165), Johan Setia (163), Petaling Jaya (160) dan Klang (155). -Foto fail/Bernama
Di Lembah Klang, beberapa kawasan masih merekodkan bacaan Tidak Sihat, antaranya Cheras (174), Batu Muda (167), Putrajaya (167), Shah Alam (165), Johan Setia (163), Petaling Jaya (160) dan Klang (155). -Foto fail/Bernama

Advertisement

Ringkasan AI

  • Bilangan kawasan dengan bacaan IPU Tidak Sihat menurun kepada 32 setakat 12 tengah hari berbanding 33 kawasan pada 11 pagi.
  • Batu Pahat, Johor kekal merekodkan bacaan IPU tertinggi negara pada paras 187, diikuti beberapa kawasan lain di Johor dan Seremban.
  • Orang ramai dinasihatkan mengurangkan aktiviti luar dan mematuhi nasihat kesihatan Kementerian Kesihatan sepanjang tempoh jerebu.

KUALA LUMPUR: Situasi jerebu di negara ini menunjukkan tanda-tanda pemulihan apabila bilangan kawasan yang merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap Tidak Sihat berkurangan kepada 32 kawasan setakat 12 tengah hari ini berbanding 33 kawasan pada 11 pagi.

Data Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) Jabatan Alam Sekitar (JAS) menunjukkan Seberang Perai di Pulau Pinang keluar daripada kategori Tidak Sihat selepas merekodkan bacaan IPU 99 berbanding 113 pada 11 pagi dan 123 pada 10 pagi.

Temerloh di Pahang pula mencatatkan penurunan bacaan terbesar apabila IPU susut 35 mata dalam tempoh dua jam daripada 139 pada 10 pagi kepada 104 setakat 12 tengah hari.

Bagaimanapun, Batu Pahat di Johor kekal merekodkan bacaan IPU tertinggi negara pada paras 187, meskipun bacaan itu terus menurun daripada 190 pada 10 pagi dan 188 pada 11 pagi.

Johor kekal sebagai negeri paling terjejas dengan Tangkak mencatatkan bacaan 185, diikuti Larkin (184), Pasir Gudang (183) dan Segamat (179), sekali gus mengisi kelompok teratas kawasan dengan bacaan IPU tertinggi di negara ini.

Di Negeri Sembilan, Seremban merekodkan bacaan 180 berbanding 183 pada 10 pagi, manakala Nilai mencatatkan bacaan 178.

Di Lembah Klang, beberapa kawasan masih merekodkan bacaan Tidak Sihat, antaranya Cheras (174), Batu Muda (167), Putrajaya (167), Shah Alam (165), Johan Setia (163), Petaling Jaya (160) dan Klang (155).

Kuala Selangor pula menunjukkan penurunan ketara kepada 144 berbanding 152 pada 11 pagi.

Di Sarawak, Kuching kekal pada tahap Tidak Sihat dengan bacaan 154, manakala Samarahan mencatatkan bacaan 104 berbanding 109 pada sebelah pagi.

Daripada 68 stesen pemantauan kualiti udara di seluruh negara, 32 stesen merekodkan bacaan Tidak Sihat antara 101 hingga 200, manakala 36 stesen berada pada tahap Sederhana dengan bacaan antara 51 hingga 100.

Bacaan IPU terendah direkodkan di Tawau, Sabah pada paras 55, diikuti Sandakan dan Kapit yang masing-masing mencatatkan bacaan 56.

Mengikut klasifikasi APIMS, bacaan IPU antara 101 hingga 200 dikategorikan sebagai tidak sihat, manakala bacaan antara 51 hingga 100 berada pada tahap sederhana.

Orang ramai disaran mengurangkan aktiviti luar dan mematuhi nasihat kesihatan yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan sepanjang tempoh jerebu.

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI

  • Q: Berapakah bilangan kawasan yang merekodkan bacaan IPU Tidak Sihat setakat 12 tengah hari? 
    A: Sebanyak 32 kawasan merekodkan bacaan IPU Tidak Sihat setakat 12 tengah hari.
  • Q: Kawasan manakah yang mencatatkan bacaan IPU tertinggi di negara ini? 
    A: Batu Pahat di Johor mencatatkan bacaan IPU tertinggi pada paras 187.
  • Q: Apakah saranan kepada orang ramai sepanjang tempoh jerebu? 
    A: Orang ramai disaran mengurangkan aktiviti luar dan mematuhi nasihat kesihatan yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan.
  • Q: Berapakah jumlah stesen pemantauan yang merekodkan bacaan IPU Tidak Sihat dan Sederhana? 
    A: Sebanyak 32 stesen merekodkan bacaan Tidak Sihat dan 36 stesen berada pada tahap Sederhana.
  • Q: Apakah klasifikasi bacaan IPU menurut APIMS? 
    A: Bacaan IPU antara 101 hingga 200 dikategorikan sebagai Tidak Sihat, manakala bacaan antara 51 hingga 100 berada pada tahap Sederhana.

Product Recommendation Section Title

SOME BY MI Daily Mask 30pcs

SOME BY MI Daily Mask 30pcs

Must Watch Video

Advertisement