Jerebu: Bukit Rambai kekal catat IPU tidak sihat

Bernama
Oktober 11, 2023 10:33 MYT
Pemandangan di sekitar negeri Melaka terjejas teruk akibat jerebu ketika tinjauan di Bukit Ayer Keroh pada 10 Okt 2023. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Bukit Rambai di Melaka kekal mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat 4 petang ini dengan bacaan 155.
Menurut laman sesawang Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) Jabatan Alam Sekitar, kawasan yang merekodkan IPU tidak sihat pagi ini ialah Larkin, Johor, namun bacaan IPU kawasan tersebut menurun dari 112 ke 100 pada 12 tengah hari.
Sejumlah 53 kawasan merekodkan bacaan IPU sederhana (51-100) manakala 14 kawasan mencatat IPU baik iaitu kurang daripada 50.
Bacaan IPU sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara adalah baik, 51-100 sederhana, 101-200 tidak sihat, 201-300 sangat tidak sihat dan IPU melebihi 300 adalah berbahaya.
Data IPU dikeluarkan setiap jam berdasarkan 68 stesen pengawasan kualiti udara di seluruh negara.
-- BERNAMA
#jerebu #IPU tidak sihat #Bukit Rambai #Melaka