Cuaca jerebu yang kembali melanda Malaysia dijangka reda bermula 29 September depan.
Pegawai Meteorologi, Azlai Paat ketika dihubungi Astro AWANI memberitahu biarpun jerebu dijangka berterusan untuk beberapa hari akan datang, namun faktor perubahan tiupan angin akan membantu meredakan masalah berkenaan.
"Jerebu akan berterusan beberapa hari akan datang, namun berita baiknya tiupan angin akan berubah, dari timur bermula 29 Oktober.
"Apabila angin berubah, ia juga akan membawa jerebu, ini menandakan cuaca Malaysia sudah memasuki fasa inter monsun, yang membawa hujan dan ribut petir," jelas Azlai.
Mengulas situasi jerebu di Johor yang semakin memburuk, beliau memaklumkan Jabatan Meteorologi akan terus memantau Indeks Pencemaran Udara (IPU) di kawasan terlibat dan melaksanakan pembenihan awan, sekiranya perlu.
"Kita akan pantau, mengikut prosedur operasi standard (SOP), dan jika IPU hampir catat paras bahaya selama tiga hari, kita akan laksanakan pembenihan awan,
"Perlu diingat, pembenihan hanya dibuat di Johor, tetapi kebakaran masih berlaku di Indonesia, jadi kesannya sekejap sahaja," jelas beliau.
Beliau berkata demikian bagi mengulas keadaan jerebu yang melanda negara.
Setakat 11 pagi Jumaat, tujuh kawasan catat IPU tidak sihat dengan Pasir Gudang merekodkan IPU 194, sementara sebahagian besar kawasan lain mencatat IPU sederhana.
Astro Awani
Fri Sep 25 2015
Jabatan Meteorologi akan terus memantau IPU di Johor dan melaksanakan pembenihan awan sekiranya perlu. - Foto BERNAMA
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Jerebu dijangka reda bermula 29 September - Jabatan Meteorologi
Pegawai Meteorologi Azlai Paat berkata faktor perubahan tiupan angin akan membantu meredakan masalah berkenaan.