Skip to main content

Malaysia

Jerebu: Enam kawasan di Sarawak catat IPU tidak sihat

KUCHING, 7 Ogos -- Pemandangan sekitar Bandar Raya Kuching diselubungi jerebu ketika tinjauan fotoBernama, hari ini.  Kualiti udara di kawasan Kuching, Samarahan dan Serian merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat 12 tengah hari, dengan Kuching mencatatkan bacaan 139, Samarahan (140) dan Serian (162)._BERNAMA
Berdasarkan Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara (APIMS), kawasan yang mencatatkan bacaan IPU tidak sihat ialah Kuching (153), Samarahan (155), Serian (171), Sri Aman (124), Mukah (115) dan Bintulu (153). - Foto Bernama
Advertisement

KUCHING: Jerebu rentas sempadan di Sarawak menjejaskan enam kawasan dengan merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat 4 petang, berbanding lima kawasan pada pagi tadi.

Berdasarkan Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara (APIMS), kawasan yang mencatatkan bacaan IPU tidak sihat ialah Kuching (153), Samarahan (155), Serian (171), Sri Aman (124), Mukah (115) dan Bintulu (153).

Terdahulu, Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata jerebu rentas sempadan dijangka menjejaskan 19 kawasan dalam tempoh beberapa hari akan datang, dengan corak angin semasa membawa asap dari titik panas di wilayah jiran ke negeri itu.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri berkata kawasan yang dikenal pasti ialah Betong, Bintulu, Daro, Julau, Kanowit, Kuching, Lundu, Marudi, Miri, Mukah, Pakan, Samarahan, Saratok, Serian, Sibu, Simunjan, Song, Sri Aman dan Tatau.

-- BERNAMA

Must Watch Video

Advertisement