Skip to main content

Malaysia

Jerebu: Hanya 15 kawasan catat IPU tidak sihat setakat 3 petang, Serian kekal tertinggi

KUALA LUMPUR, 14 Sept - Ruang udara Kuala Lumpur pagi tadi kelihatan terjejas akibat diselubungi jerebu. Setakat jam 11 pagi ini, sebanyak 11 kawasan di seluruh negara telah mencatatkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat. Menurut portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS), tiga kawasan terjejas di Sarawak ialah Sri Aman dan Serian yang masing-masing merekodkan bacaan 174, serta Kuching (135). Sementara itu, lapan lagi kawasan di Semenanjung Malaysia turut mencatat
Putrajaya mencatatkan peningkatan kepada 113 berbanding 106, manakala Nilai, Negeri Sembilan naik kepada 109 daripada 107. -Gambar fail/Bernama
Advertisement

KUALA LUMPUR: Sebanyak 15 kawasan di seluruh negara merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat jam 3 petang hari ini, dengan Sarawak terus mencatatkan bacaan tertinggi walaupun beberapa kawasan di Lembah Klang menunjukkan peningkatan semula bacaan IPU.

Berdasarkan kemas kini Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), jumlah stesen dalam kategori tidak sihat, iaitu melebihi bacaan 100, berkurangan kepada 15 berbanding 16 stesen pada jam 2 petang.

Serian kekal menjadi lokasi paling terjejas di negara ini apabila bacaan IPU meningkat kepada 177 berbanding 176 sejam sebelumnya. Sri Aman turut mencatatkan peningkatan kepada 168.

Bagaimanapun, Kuching menurun kepada 170, manakala Samarahan (163) dan Sibu (157) turut mencatatkan penurunan bacaan.

Di Lembah Klang dan kawasan tengah Semenanjung, penurunan bacaan yang direkodkan sebelum ini terhenti apabila Cheras dan Batu Muda di Kuala Lumpur masing-masing meningkat kepada 144 berbanding 138 serta 120 berbanding 111 pada jam sebelumnya.

Putrajaya turut mencatatkan peningkatan kepada 113 berbanding 106, manakala Nilai, Negeri Sembilan naik kepada 109 daripada 107.

Di Johor, Larkin dan Pasir Gudang masing-masing kekal pada paras tidak sihat dengan bacaan 158 dan 154, sementara Tangkak meneruskan trend penurunan kepada 104 berbanding 114 sebelumnya.

Bukit Rambai di Melaka pula kembali ke kategori sederhana selepas bacaan IPU menurun kepada 99.

Di utara Semenanjung, Langkawi terus merekodkan bacaan IPU terendah negara pada paras 14, diikuti Kangar pada paras 19 dan Alor Setar pada paras 22.

Orang ramai di kawasan yang masih mencatatkan bacaan tidak sihat dinasihatkan mengehadkan aktiviti luar, memperbanyakkan pengambilan air serta memakai pelitup muka yang bersesuaian apabila berada di luar rumah.

Must Watch Video

Advertisement