Skip to main content

Malaysia

Jerebu: Hanya Serian catat IPU sangat tidak sihat petang ini

SERIAN, 4 Sept - Keadaan berjerebu yang dirakam di Jalan Serian-Sri Aman, hari ini. Daerah Serian mencatatkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) 518 setakat 10 pagi ini, sekali gus berada pada tahap sangat berbahaya akibat jerebu rentas sempadan. - fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA
Stesen pemantauan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serian merekodkan bacaan 213 pada jam 4.30 petang. - Gambar fail
Advertisement

KUALA LUMPUR: Kawasan Serian di Sarawak masih mencatatkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap sangat tidak sihat susulan jerebu setakat 4.30 petang ini.

Berdasarkan semakan menerusi portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS) petang ini, stesen pemantauan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serian merekodkan bacaan 213.

Sementara itu, sebanyak lapan kawasan di Sarawak mencatatkan bacaan tidak sihat iaitu Samarahan (186), Kuching (183), Sarikei (174), Institut Latihan Perindustrian (ILP) Miri (166), Samalaju (165), Sri Aman (159), Bintulu (157) dan Mukah (151). 

Di ibu negara pula, kawasan merekodkan bacaan tidak sihat ialah Batu Muda (169) dan Cheras (159),  Selangor membabitkan Johan Setia (161), Shah Alam (157), Banting (154) serta Klang (118) manakala Putrajaya (157).

Kawasan lain berada pada tahap sama ialah Jerantut (161) dan Temerloh (140) di Pahang; Segamat (159), Batu Pahat (155), Kluang (155), Tangkak (152) dan Larkin (127) di Johor; Nilai (157), Seremban (155) dan Port Dickson (117) di Negeri Sembilan; Tanjung Malim (156) dan Tasek Ipoh (154) di Perak serta Bukit Rambai (156), Alor Gajah (152) dan Bandaraya Melaka (105) di Melaka.

Secara keseluruhan, 31 kawasan di seluruh negara dilaporkan berada pada tahap sederhana, sementara lima kawasan mencatatkan bacaan baik.

Bacaan IPU sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas sebagai berbahaya.

-- BERNAMA 

 

Must Watch Video

Advertisement