Skip to main content

Malaysia

Jerebu: IPU Batu Muda meningkat, dua stesen di Pahang kembali sederhana setakat 2 petang

Menurut Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), Johan Setia, Petaling Jaya dan Shah Alam masing-masing mencatatkan bacaan 170, diikuti Cheras (168) dan Putrajaya (164). -Gambar fail/Bernama
Menurut Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), Johan Setia, Petaling Jaya dan Shah Alam masing-masing mencatatkan bacaan 170, diikuti Cheras (168) dan Putrajaya (164). -Gambar fail/Bernama

Advertisement

KUALA LUMPUR: Stesen Batu Muda di Kuala Lumpur merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tertinggi negara iaitu 175 setakat jam 2 petang ini.

Menurut Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), Johan Setia, Petaling Jaya dan Shah Alam masing-masing mencatatkan bacaan 170, diikuti Cheras (168) dan Putrajaya (164).

Di Negeri Sembilan, Nilai merekodkan bacaan 165 manakala Seremban meningkat kepada 163.

Sebanyak 26 stesen di seluruh negara berada dalam kategori tidak sihat, berkurangan daripada 28 stesen pada jam 1 petang.

Data APIMS menunjukkan beberapa kawasan di Pantai Timur mencatatkan penurunan bacaan IPU. Jerantut dan Balok Baru, Kuantan masing-masing kembali ke kategori sederhana dengan bacaan 99, manakala Rompin mencatatkan bacaan 105 dan kekal sebagai satu-satunya stesen dalam kategori tidak sihat di Pahang.

Di Terengganu, Paka merekodkan bacaan 156, manakala Kemaman berada dalam kategori sederhana dengan bacaan 98.

Di Johor, Larkin merekodkan bacaan 158, Pasir Gudang dan Kota Tinggi masing-masing 156, manakala Kluang dan Pengerang 154 serta Tangkak 153.

Bukit Rambai di Melaka meningkat kepada 167, sementara Alor Gajah dan Bandaraya Melaka masing-masing mencatatkan bacaan 155.

Di Perak, Tasek, Ipoh merekodkan bacaan 155, Pegoh, Ipoh (152) dan Tanjung Malim (119).

Semua stesen pemantauan di Sabah dan Sarawak pula kekal dalam kategori sederhana atau baik, termasuk Samarahan (84), Sri Aman (81), IPD Serian (79) dan Kuching (76).

Bagi kategori kualiti udara baik (IPU 0-50), sebanyak tujuh stesen direkodkan di seluruh negara. Kimanis mencatatkan bacaan terendah negara iaitu 28, diikuti Langkawi (36), ILP Miri (37), Kota Kinabalu (41), Miri (41), Politeknik Kota Kinabalu (42) dan Limbang (42).

Must Watch Video

Advertisement