Skip to main content

Malaysia

Jerebu: IPU catat penurunan di Lembah Klang, jumlah kawasan tidak sihat kekal tujuh setakat 3 petang

Berdasarkan data Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) Jabatan Alam Sekitar (JAS), Shah Alam mencatat penurunan bacaan IPU terbesar apabila turun 11 mata daripada 142 kepada 131. -Gambar fail
Berdasarkan data Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) Jabatan Alam Sekitar (JAS), Shah Alam mencatat penurunan bacaan IPU terbesar apabila turun 11 mata daripada 142 kepada 131. -Gambar fail

Advertisement

Ringkasan AI

  • Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di beberapa kawasan menurun setakat jam 3 petang, namun tujuh stesen kekal pada tahap Tidak Sihat.
  • Shah Alam mencatat penurunan IPU terbesar, turun 11 mata kepada 131, diikuti Putrajaya dan Cheras dengan penurunan lapan dan tujuh mata.
  • Jumlah stesen dengan kualiti udara Baik meningkat kepada 10, dengan Mukah kembali ke kategori itu dan Limbang mencatat bacaan IPU terendah iaitu 37.

KUALA LUMPUR: Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di beberapa kawasan menunjukkan penurunan setakat jam 3 petang, manakala jumlah stesen yang berada pada tahap Tidak Sihat kekal tujuh.

Berdasarkan data Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) Jabatan Alam Sekitar (JAS), Shah Alam mencatat penurunan bacaan IPU terbesar apabila turun 11 mata daripada 142 kepada 131.

Putrajaya turut mencatat penurunan lapan mata daripada 151 kepada 143, manakala Cheras merekodkan penurunan tujuh mata daripada 123 kepada 116.

Banting pula mencatat penurunan enam mata daripada 107 kepada 101, menjadikannya hampir kembali ke kategori Sederhana.

Johan Setia dan Nilai masing-masing mencatat penurunan satu mata kepada 155 dan 151, manakala Klang kekal pada bacaan 151.

Keadaan itu mengekalkan jumlah kawasan dalam kategori Tidak Sihat kepada tujuh stesen.

Sementara itu, beberapa kawasan lain merekodkan peningkatan bacaan IPU termasuk Seberang Perai dan Taiping yang masing-masing naik dua mata kepada 61 dan 62.

Sri Aman turut meningkat dua mata kepada 62, manakala IPD Serian kekal pada bacaan 63.

Petaling Jaya, Batu Muda dan Bandaraya Melaka pula mencatat penurunan bacaan IPU kepada masing-masing 91, 89 dan 93.

Jumlah stesen yang merekodkan kualiti udara pada tahap Baik meningkat kepada 10 selepas Mukah, Sarawak kembali ke kategori itu dengan bacaan IPU 50 berbanding 51 pada jam sebelumnya.

Limbang, Sarawak terus merekodkan bacaan IPU terendah di negara ini iaitu 37, diikuti Kota Kinabalu, Sabah (42) dan Sarikei, Sarawak (46).

Bacaan IPU antara 0 hingga 50 dikategorikan sebagai Baik, 51 hingga 100 (Sederhana), 101 hingga 200 (Tidak Sihat), 201 hingga 300 (Sangat Tidak Sihat) dan melebihi 300 sebagai Berbahaya.

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI

  • Q: Berapakah jumlah stesen yang mencatat bacaan IPU pada tahap Tidak Sihat setakat jam 3 petang? 
    A: Jumlah stesen yang mencatat bacaan IPU pada tahap Tidak Sihat kekal tujuh.
  • Q: Kawasan manakah yang mencatat penurunan bacaan IPU terbesar? 
    A: Shah Alam mencatat penurunan bacaan IPU terbesar, turun 11 mata daripada 142 kepada 131.
  • Q: Apakah kategori bacaan IPU dan julat nilainya? 
    A: Bacaan IPU antara 0-50 (Baik), 51-100 (Sederhana), 101-200 (Tidak Sihat), 201-300 (Sangat Tidak Sihat), dan melebihi 300 (Berbahaya).
  • Q: Berapakah jumlah stesen yang merekodkan kualiti udara pada tahap Baik? 
    A: Jumlah stesen yang merekodkan kualiti udara pada tahap Baik meningkat kepada 10.
  • Q: Di manakah bacaan IPU terendah direkodkan di Malaysia? 
    A: Limbang, Sarawak merekodkan bacaan IPU terendah iaitu 37.

Product Recommendation Section Title

SOME BY MI Daily Mask 30pcs

SOME BY MI Daily Mask 30pcs

Must Watch Video

Advertisement