Ringkasan AI
- Sebanyak 28 stesen pemantauan di seluruh negara merekodkan kualiti udara tidak sihat setakat 1 tengah hari ini, dengan Pasir Gudang mencatat IPU tertinggi 179.
- Beberapa kawasan utama seperti Klang, Johan Setia, Nilai, Bukit Rambai dan Pengerang turut mencatat bacaan IPU tidak sihat melebihi 170.
- Orang ramai dinasihatkan mengurangkan aktiviti luar dan memakai pelitup muka bagi mengurangkan risiko pendedahan kepada jerebu.
KUALA LUMPUR: Sebanyak 28 stesen pemantauan di seluruh negara kekal merekodkan kualiti udara dalam kategori tidak sihat setakat 1 tengah hari ini, dengan Pasir Gudang, Johor mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tertinggi iaitu 179.
Menurut portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) kendalian Jabatan Alam Sekitar (JAS), bacaan di Pasir Gudang terus meningkat daripada 176 pada pukul 11 pagi kepada 177 pada tengah hari sebelum mencecah 179 sejam kemudian.
Dua stesen utama di Selangor iaitu Bandar Diraja Klang dan Johan Setia kekal pada bacaan 175, diikuti Nilai, Negeri Sembilan yang tidak berubah pada bacaan 174.
Sementara itu, Bukit Rambai, Melaka dan Pengerang, Johor masing-masing mencatat peningkatan dua mata kepada 173 dan 170.
Kawasan lain di Lembah Klang yang masih mencatat bacaan tidak sihat ialah Putrajaya (166), Batu Muda (165), Shah Alam (162), Banting (162) dan Petaling Jaya (156), manakala Cheras mencatat penurunan kepada 169 berbanding 170 sebelumnya.
Di Pantai Timur, stesen Kuala Terengganu yang memasuki kategori tidak sihat pada tengah hari tadi meningkat sedikit kepada 113, manakala Kemaman dan Paka masing-masing merekodkan bacaan 155 dan 153.
Sebaliknya, Rompin, Pahang menunjukkan penurunan ketara sebanyak 11 mata daripada 150 kepada 139.
Di Borneo, Sarawak terus menunjukkan trend pemulihan apabila bacaan di IPD Serian menjunam 18 mata kepada 125, manakala Sri Aman turun kepada 126 berbanding 137 pada tengah hari tadi.
Selain 28 stesen dalam kategori tidak sihat, sebanyak 38 stesen lagi berada dalam kategori sederhana, dengan Temerloh, Pahang mencatat bacaan 100, iaitu had tertinggi kategori berkenaan.
Sementara itu, hanya dua kawasan berada dalam kategori baik, iaitu Kangar, Perlis dengan bacaan 48 dan Langkawi, Kedah dengan bacaan 42.
Orang ramai dinasihatkan mengurangkan aktiviti luar terutama yang melibatkan pergerakan fizikal lasak serta memakai pelitup muka yang sesuai bagi mengurangkan risiko pendedahan kepada jerebu.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Berapakah jumlah stesen pemantauan yang merekodkan kualiti udara tidak sihat setakat 1 tengah hari?
A: Sebanyak 28 stesen pemantauan di seluruh negara merekodkan kualiti udara dalam kategori tidak sihat setakat 1 tengah hari. - Q: Di manakah bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tertinggi direkodkan dan berapakah nilainya?
A: Bacaan IPU tertinggi direkodkan di Pasir Gudang, Johor dengan nilai 179. - Q: Apakah nasihat yang diberikan kepada orang ramai berikutan keadaan kualiti udara tidak sihat?
A: Orang ramai dinasihatkan mengurangkan aktiviti luar terutama yang melibatkan pergerakan fizikal lasak serta memakai pelitup muka yang sesuai bagi mengurangkan risiko pendedahan kepada jerebu. - Q: Berapakah jumlah stesen yang berada dalam kategori sederhana dan baik?
A: Sebanyak 38 stesen berada dalam kategori sederhana dan hanya dua kawasan berada dalam kategori baik. - Q: Apakah trend bacaan IPU di Sarawak dan kawasan lain yang disebut dalam artikel?
A: Di Sarawak, bacaan IPU menunjukkan trend pemulihan dengan penurunan di IPD Serian dan Sri Aman. Rompin, Pahang juga menunjukkan penurunan ketara, manakala beberapa kawasan lain mencatat peningkatan atau kekal tidak berubah.