Ringkasan AI
- Segamat, Johor mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tertinggi negara iaitu 191 setakat 5 petang ini.
- Sebanyak 38 stesen di Semenanjung Malaysia merekodkan bacaan IPU kategori Tidak Sihat, dengan beberapa kawasan menunjukkan peningkatan berbanding sejam sebelumnya.
- Kualiti udara di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal sederhana, manakala orang ramai dinasihatkan kurangkan aktiviti luar dan patuhi nasihat kesihatan.
KUALA LUMPUR: Keadaan jerebu di beberapa kawasan Semenanjung Malaysia kekal membimbangkan apabila Segamat, Johor terus merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tertinggi negara iaitu 191 setakat 5 petang ini.
Berdasarkan data terbaharu Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), sebanyak 38 stesen terus mencatatkan bacaan dalam kategori Tidak Sihat, dengan beberapa kawasan di selatan, Pantai Barat dan Pantai Timur Semenanjung merekodkan peningkatan bacaan berbanding sejam sebelumnya.
Di Negeri Sembilan, Seremban meningkat kepada 188 manakala Nilai mencatatkan bacaan 184. Port Dickson pula kekal pada bacaan 170.
Di Johor, selain Segamat yang merekodkan bacaan tertinggi negara, Tangkak meningkat kepada 175 berbanding 172 pada 4 petang, manakala Kluang kekal pada bacaan 181.
Di Lembah Klang, Putrajaya kekal pada bacaan 174. Shah Alam dan Banting masing-masing meningkat kepada 172 dan 171, manakala Johan Setia merekodkan bacaan 178.
Di Melaka, Bukit Rambai meningkat kepada 175 manakala Bandaraya Melaka mencatatkan bacaan 174. Alor Gajah pula kekal pada bacaan 171.
Di Pantai Timur, Rompin, Pahang terus merekodkan bacaan tinggi pada 178.
Sementara itu, kualiti udara di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal dalam kategori Sederhana. Kimanis, Sabah terus merekodkan bacaan terendah negara iaitu 56, diikuti Kota Kinabalu pada 57 dan Labuan pada 60.
Di Sarawak, Serian mencatatkan bacaan 97, manakala Kuching dan Samarahan masing-masing merekodkan bacaan 91.
Mengikut APIMS, bacaan IPU antara 0 hingga 50 dikategorikan sebagai baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat dan melebihi 300 berbahaya.
Orang ramai, khususnya kanak-kanak, warga emas serta individu yang mempunyai masalah pernafasan, dinasihatkan mengurangkan aktiviti luar dan mematuhi nasihat kesihatan yang dikeluarkan pihak berkuasa.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apakah kawasan yang mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tertinggi di Malaysia?
A: Segamat, Johor mencatatkan bacaan IPU tertinggi iaitu 191 setakat 5 petang. - Q: Berapakah jumlah stesen yang merekodkan bacaan IPU dalam kategori Tidak Sihat?
A: Sebanyak 38 stesen mencatatkan bacaan IPU dalam kategori Tidak Sihat. - Q: Apakah kategori bacaan IPU dan julat nilainya menurut APIMS?
A: Bacaan IPU 0-50 dikategorikan sebagai baik, 51-100 sederhana, 101-200 tidak sihat, 201-300 sangat tidak sihat, dan melebihi 300 berbahaya. - Q: Bagaimana keadaan kualiti udara di Sabah, Sarawak dan Labuan?
A: Kualiti udara di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal dalam kategori Sederhana, dengan bacaan terendah di Kimanis, Sabah iaitu 56. - Q: Apakah nasihat pihak berkuasa kepada orang ramai berikutan keadaan jerebu?
A: Orang ramai, khususnya kanak-kanak, warga emas dan individu yang mempunyai masalah pernafasan, dinasihatkan mengurangkan aktiviti luar dan mematuhi nasihat kesihatan yang dikeluarkan pihak berkuasa.