Skip to main content

Malaysia

Jerebu: IPU Tidak Sihat susut kepada 14 kawasan, Miri pulih ke kategori Sederhana

Pasir Gudang, Johor terus merekodkan bacaan IPU tertinggi negara pada paras 179, meningkat satu mata berbanding tengah hari tadi. Turut merekodkan bacaan tinggi ialah Larkin (177), Kota Tinggi (164), Tangkak (160) dan Segamat (160). -Foto fail/Sinar Harian
Pasir Gudang, Johor terus merekodkan bacaan IPU tertinggi negara pada paras 179, meningkat satu mata berbanding tengah hari tadi. Turut merekodkan bacaan tinggi ialah Larkin (177), Kota Tinggi (164), Tangkak (160) dan Segamat (160). -Foto fail/Sinar Harian

Advertisement

Ringkasan AI

  • Situasi jerebu negara bertambah baik apabila Miri, Sarawak kembali ke kategori Sederhana, mengurangkan kawasan Tidak Sihat kepada 14 setakat 1 petang.
  • Pasir Gudang, Johor mencatatkan bacaan IPU tertinggi negara pada paras 179, diikuti beberapa kawasan di Johor dan Pantai Timur dengan bacaan tinggi.
  • KKM dan JAS menasihati penduduk terjejas, khususnya di Johor dan Pantai Timur, supaya kurangkan aktiviti luar dan memakai pelitup muka sesuai.

KUALA LUMPUR: Situasi jerebu di seluruh negara bertambah baik apabila Miri, Sarawak kembali merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) kategori Sederhana, sekali gus mengurangkan jumlah kawasan Tidak Sihat kepada 14 setakat 1 petang ini.

Berdasarkan data terkini portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) kendalian Jabatan Alam Sekitar (JAS), stesen Miri yang berada dalam kategori Tidak Sihat sejak dua jam lalu kembali merekodkan bacaan Sederhana apabila IPU menurun lima mata kepada 99.

Pasir Gudang, Johor terus merekodkan bacaan IPU tertinggi negara pada paras 179, meningkat satu mata berbanding tengah hari tadi. Turut merekodkan bacaan tinggi ialah Larkin (177), Kota Tinggi (164), Tangkak (160) dan Segamat (160).

Di Pantai Timur, bacaan IPU kekal tinggi apabila Kuala Terengganu meningkat satu mata kepada 160. Balok Baru di Kuantan, Pahang pula mencatatkan bacaan 159, manakala Kemaman dan Paka masing-masing merekodkan bacaan 157 dan 152.

Sementara itu, kualiti udara di kebanyakan kawasan Pantai Barat kekal dalam kategori Sederhana. Seremban mencatatkan bacaan 80, manakala Nilai merekodkan bacaan 76. Di Selangor, Shah Alam dan Petaling Jaya masing-masing mencatatkan bacaan 77, diikuti Klang (73) dan Banting (54).

Sebanyak lima stesen di utara Semenanjung kekal dalam kategori Baik, diterajui Balik Pulau, Pulau Pinang dengan bacaan terendah negara iaitu 26. Ia diikuti Langkawi, Kedah (33), Minden, Pulau Pinang (40), Kangar, Perlis (44) dan Kulim Hi-Tech, Kedah (50).

Secara keseluruhan, daripada 68 stesen pemantauan kualiti udara yang beroperasi di seluruh negara, 14 stesen berada pada tahap Tidak Sihat (101 hingga 200), 49 stesen merekodkan tahap Sederhana (51 hingga 100) dan lima stesen berada pada tahap Baik (0 hingga 50).

KKM dan JAS terus menasihati orang ramai, khususnya penduduk di Johor dan Pantai Timur yang masih terjejas, supaya mengurangkan aktiviti luar serta memakai pelitup muka yang sesuai bagi mengurangkan risiko kesihatan akibat jerebu.

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI

  • Q: Apakah status terkini kualiti udara di Malaysia? 
    A: Kualiti udara di Malaysia bertambah baik sedikit dengan Miri, Sarawak kembali ke kategori Sederhana, dan jumlah kawasan Tidak Sihat berkurang kepada 14 setakat 1 petang.
  • Q: Kawasan manakah yang merekodkan bacaan IPU tertinggi? 
    A: Pasir Gudang, Johor merekodkan bacaan IPU tertinggi pada paras 179, diikuti Larkin (177), Kota Tinggi (164), Tangkak (160) dan Segamat (160).
  • Q: Berapakah jumlah stesen pemantauan kualiti udara dan kategorinya? 
    A: Daripada 68 stesen pemantauan, 14 berada pada tahap Tidak Sihat, 49 pada tahap Sederhana, dan lima pada tahap Baik.
  • Q: Apakah nasihat KKM dan JAS kepada orang ramai berkaitan jerebu? 
    A: KKM dan JAS menasihati orang ramai, khususnya di Johor dan Pantai Timur, supaya mengurangkan aktiviti luar dan memakai pelitup muka yang sesuai untuk mengurangkan risiko kesihatan akibat jerebu.
  • Q: Kawasan manakah yang mencatatkan bacaan IPU terendah? 
    A: Balik Pulau, Pulau Pinang mencatatkan bacaan IPU terendah iaitu 26, diikuti Langkawi (33), Minden (40), Kangar (44) dan Kulim Hi-Tech (50).

Product Recommendation Section Title

SOME BY MI Daily Mask 30pcs

SOME BY MI Daily Mask 30pcs

Must Watch Video

Advertisement