Ringkasan AI
- Keadaan jerebu di Malaysia menunjukkan pemulihan dengan 31 kawasan mencatatkan bacaan IPU Tidak Sihat setakat 1 petang, berkurang dari 32 kawasan sebelumnya.
- Tangkak, Johor mencatatkan bacaan IPU tertinggi pada paras 186, manakala Temerloh, Pahang kembali ke tahap Sederhana dengan bacaan 99.
- Daripada 68 stesen pemantauan, 31 stesen berada pada tahap Tidak Sihat dan 37 stesen pada tahap Sederhana, dengan bacaan terendah di Tawau, Sabah.
KUALA LUMPUR: Keadaan jerebu di negara ini terus menunjukkan pemulihan apabila jumlah kawasan yang merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) Tidak Sihat berkurangan kepada 31 setakat 1 petang ini berbanding 32 kawasan pada 12 tengah hari.
Berdasarkan data Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) Jabatan Alam Sekitar (JAS), Temerloh di Pahang menjadi kawasan terbaharu kembali ke tahap Sederhana selepas merekodkan bacaan IPU 99 berbanding 104 pada 12 tengah hari.
Sementara itu, Tangkak di Johor kini mencatatkan bacaan IPU tertinggi negara pada paras 186, meningkat satu mata berbanding sejam sebelumnya.
Batu Pahat pula mencatatkan penurunan kepada 184 berbanding 187 pada 12 tengah hari, diikuti Larkin (183), Pasir Gudang (182) dan Segamat (180).
Di Negeri Sembilan, Seremban merekodkan bacaan 179 manakala Nilai mencatatkan bacaan 176.
Di Selangor, Kuala Selangor mencatatkan penurunan terbesar apabila bacaan IPU susut 24 mata kepada 120 berbanding 144 pada 12 tengah hari. Banting pula merekodkan bacaan 145, diikuti Klang (154), Petaling Jaya (159), Johan Setia (161) dan Shah Alam (164).
Bagaimanapun, Indera Mahkota di Kuantan, Pahang meningkat kepada 150 berbanding 144 sebelum ini.
Di Sarawak, Kuching kekal pada tahap Tidak Sihat dengan bacaan 154, manakala Samarahan hampir kembali ke tahap Sederhana selepas bacaan menurun kepada 101.
Secara keseluruhan, daripada 68 stesen pemantauan kualiti udara di seluruh negara, 31 stesen mencatatkan bacaan Tidak Sihat antara 101 hingga 200, manakala 37 stesen berada pada tahap Sederhana dengan bacaan antara 51 hingga 100.
Bacaan IPU terendah direkodkan di Tawau, Sabah pada paras 55.
Mengikut klasifikasi APIMS, bacaan IPU antara 101 hingga 200 dikategorikan sebagai tidak sihat, manakala bacaan antara 51 hingga 100 berada pada tahap sederhana.
Orang ramai dinasihatkan mengurangkan aktiviti luar dan mematuhi nasihat kesihatan yang dikeluarkan pihak berkuasa sepanjang tempoh jerebu.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Berapakah jumlah kawasan yang mencatatkan bacaan IPU Tidak Sihat setakat 1 petang?
A: Sebanyak 31 kawasan mencatatkan bacaan IPU Tidak Sihat setakat 1 petang. - Q: Kawasan manakah yang merekodkan bacaan IPU tertinggi di Malaysia?
A: Tangkak di Johor mencatatkan bacaan IPU tertinggi pada paras 186. - Q: Apakah nasihat kepada orang ramai semasa tempoh jerebu?
A: Orang ramai dinasihatkan mengurangkan aktiviti luar dan mematuhi nasihat kesihatan yang dikeluarkan pihak berkuasa sepanjang tempoh jerebu. - Q: Berapakah jumlah stesen pemantauan yang mencatatkan bacaan Sederhana dan Tidak Sihat?
A: Sebanyak 31 stesen mencatatkan bacaan Tidak Sihat dan 37 stesen mencatatkan bacaan Sederhana. - Q: Apakah klasifikasi bacaan IPU menurut APIMS?
A: Bacaan IPU antara 101 hingga 200 dikategorikan sebagai Tidak Sihat, manakala bacaan antara 51 hingga 100 berada pada tahap Sederhana.