Ringkasan AI
- Sebanyak 36 stesen pemantauan di seluruh negara merekodkan kualiti udara Tidak Sihat setakat jam 12 tengah hari ini.
- Klang mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara tertinggi pada 193, diikuti Johan Setia 191 dan beberapa kawasan lain turut merekodkan bacaan tinggi.
- Daripada 68 stesen, tiada kawasan merekodkan kualiti udara Baik, manakala 32 stesen berada pada kategori Sederhana.
KUALA LUMPUR: Sebanyak 36 stesen pemantauan di seluruh negara merekodkan kualiti udara pada kategori Tidak Sihat setakat jam 12 tengah hari ini, selepas Kemaman di Terengganu dan Sandakan di Sabah menjadi lokasi terbaharu memasuki kategori berkenaan.
Menurut data Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) Jabatan Alam Sekitar (JAS), jumlah stesen yang mencatat bacaan Tidak Sihat meningkat kepada 36 berbanding 34 pada sebelah pagi.
Kemaman merekodkan peningkatan sembilan mata daripada bacaan 99 pada jam 11 pagi kepada 108, manakala Sandakan mencatat bacaan 101.
Sementara itu, Klang kekal merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tertinggi di negara ini pada 193, hanya lapan mata lagi sebelum mencapai kategori Sangat Tidak Sihat (201 ke atas).
Stesen Johan Setia pula kekal pada bacaan 191.
Di Perak, Tasek mencatat peningkatan lapan mata kepada 143, manakala Pegoh merekodkan peningkatan tujuh mata kepada 136. Tanjung Malim pula mencatat bacaan 171.
Di selatan Semenanjung dan Pantai Barat, beberapa kawasan terus merekodkan bacaan tinggi, termasuk Nilai dan Larkin yang masing-masing mencatat bacaan 187. Bukit Rambai dan Batu Pahat pula merekodkan bacaan 184.
Shah Alam mencatat bacaan 180, kekal dalam kategori Tidak Sihat.
Di beberapa kawasan lain, bacaan IPU menunjukkan penurunan. Seberang Perai mencatat penurunan tiga mata kepada 143, manakala Pengerang turun tiga mata kepada 165.
Daripada keseluruhan 68 stesen pemantauan di seluruh negara, tiada kawasan merekodkan kualiti udara pada kategori Baik setakat tengah hari ini.
Sebanyak 32 stesen berada pada kategori Sederhana, dengan Minden di Pulau Pinang dan Paka di Terengganu masing-masing mencatat bacaan tertinggi dalam kategori itu iaitu 97.
IPU antara sifar hingga 50 dikategorikan sebagai Baik, 51 hingga 100 (Sederhana), 101 hingga 200 (Tidak Sihat), 201 hingga 300 (Sangat Tidak Sihat) dan melebihi 300 (Berbahaya).
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Berapakah jumlah stesen pemantauan yang merekodkan kualiti udara Tidak Sihat setakat jam 12 tengah hari?
A: Sebanyak 36 stesen pemantauan di seluruh negara merekodkan kualiti udara pada kategori Tidak Sihat setakat jam 12 tengah hari. - Q: Stesen manakah yang mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tertinggi dan berapakah bacaan tersebut?
A: Klang mencatat bacaan IPU tertinggi di negara ini pada 193. - Q: Apakah kategori bacaan IPU dan julat nilainya?
A: IPU antara sifar hingga 50 dikategorikan sebagai Baik, 51 hingga 100 (Sederhana), 101 hingga 200 (Tidak Sihat), 201 hingga 300 (Sangat Tidak Sihat) dan melebihi 300 (Berbahaya). - Q: Adakah terdapat kawasan yang merekodkan kualiti udara pada kategori Baik setakat tengah hari ini?
A: Tiada kawasan merekodkan kualiti udara pada kategori Baik setakat tengah hari ini. - Q: Berapakah jumlah stesen yang berada pada kategori Sederhana dan stesen manakah yang mencatat bacaan tertinggi dalam kategori itu?
A: Sebanyak 32 stesen berada pada kategori Sederhana, dengan Minden di Pulau Pinang dan Paka di Terengganu masing-masing mencatat bacaan tertinggi iaitu 97.