Ringkasan AI
- Sebanyak 28 stesen di seluruh negara merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap Tidak Sihat setakat 5 petang ini.
- Tangkak, Johor mencatatkan bacaan IPU tertinggi iaitu 184, sementara beberapa kawasan di Pantai Barat Semenanjung menunjukkan penurunan bacaan.
- Orang ramai dinasihatkan mengurangkan aktiviti luar dan mematuhi nasihat kesihatan sepanjang tempoh jerebu.
KUALA LUMPUR: Sebanyak 28 stesen di seluruh negara masih merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap Tidak Sihat setakat 5 petang ini, manakala beberapa kawasan di Pantai Barat Semenanjung terus menunjukkan penurunan bacaan.
Menurut data Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), Tangkak di Johor kekal merekodkan bacaan IPU tertinggi negara pada paras 184, turun satu mata berbanding 185 pada 4 petang.
Johor terus mengisi kelompok teratas kawasan dengan bacaan IPU tertinggi, melibatkan Pasir Gudang (182), Larkin (180), Segamat (174), Batu Pahat (174), Kluang (172), Kota Tinggi (171) dan Pengerang (170).
Batu Pahat yang mencatatkan bacaan tertinggi negara pada sebelah pagi iaitu 190 kini menunjukkan penurunan sebanyak 16 mata.
Di Negeri Sembilan, Seremban merekodkan bacaan 170 berbanding 183 pada 10 pagi, manakala Nilai dan Port Dickson masing-masing mencatatkan bacaan 167 dan 159.
Di Selangor, Klang mencatatkan penurunan terbesar dalam tempoh sejam apabila bacaan IPU turun kepada 132 berbanding 147 pada 4 petang. Shah Alam merekodkan bacaan 158, diikuti Johan Setia (156), Petaling Jaya (154), Putrajaya (160), Batu Muda (158) dan Cheras (169).
Tiga stesen yang kembali ke tahap Sederhana sebelum ini terus menunjukkan bacaan yang lebih baik iaitu Seri Manjung (96), Kuala Selangor (92) dan Banting (92).
Bagaimanapun di Pahang, Balok Baru di Kuantan meningkat kepada 155 berbanding 153 pada 4 petang, manakala Indera Mahkota mencatatkan penurunan kepada 149.
Di Sarawak, Kuching merekodkan bacaan 152, manakala Samarahan bertambah baik kepada 95.
Secara keseluruhan, daripada 68 stesen pemantauan kualiti udara di seluruh negara, 28 stesen berada pada tahap Tidak Sihat dengan bacaan antara 101 hingga 200, manakala baki 40 stesen berada pada tahap Sederhana dengan bacaan antara 51 hingga 100.
Tiada stesen merekodkan bacaan pada tahap Baik atau Sangat Tidak Sihat.
Mengikut klasifikasi APIMS, bacaan IPU antara 101 hingga 200 dikategorikan sebagai tidak sihat, manakala bacaan antara 51 hingga 100 berada pada tahap sederhana.
Orang ramai dinasihatkan mengurangkan aktiviti luar dan mematuhi nasihat kesihatan yang dikeluarkan pihak berkuasa sepanjang tempoh jerebu.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Berapakah bilangan stesen yang merekodkan bacaan IPU Tidak Sihat setakat 5 petang?
A: Sebanyak 28 stesen di seluruh negara merekodkan bacaan IPU pada tahap Tidak Sihat setakat 5 petang. - Q: Kawasan manakah yang mencatatkan bacaan IPU tertinggi di Malaysia?
A: Tangkak di Johor mencatatkan bacaan IPU tertinggi pada paras 184 setakat 5 petang. - Q: Apakah klasifikasi bacaan IPU menurut APIMS?
A: Bacaan IPU antara 101 hingga 200 dikategorikan sebagai Tidak Sihat, manakala bacaan antara 51 hingga 100 berada pada tahap Sederhana. - Q: Apakah nasihat pihak berkuasa kepada orang ramai semasa tempoh jerebu?
A: Orang ramai dinasihatkan mengurangkan aktiviti luar dan mematuhi nasihat kesihatan yang dikeluarkan pihak berkuasa sepanjang tempoh jerebu. - Q: Berapakah jumlah stesen pemantauan kualiti udara dan status bacaan mereka?
A: Daripada 68 stesen pemantauan kualiti udara, 28 stesen berada pada tahap Tidak Sihat dan 40 stesen pada tahap Sederhana. Tiada stesen merekodkan bacaan pada tahap Baik atau Sangat Tidak Sihat.