Skip to main content

Malaysia

Jerebu: Kualiti udara bertambah baik di beberapa kawasan, Port Dickson rekod penurunan tertinggi

Berdasarkan data Jabatan Alam Sekitar (JAS), Port Dickson, Negeri Sembilan merekodkan penurunan bacaan IPU terbesar apabila turun tujuh mata daripada 113 kepada 106. -Gambar hiasan
Berdasarkan data Jabatan Alam Sekitar (JAS), Port Dickson, Negeri Sembilan merekodkan penurunan bacaan IPU terbesar apabila turun tujuh mata daripada 113 kepada 106. -Gambar hiasan

Advertisement

Ringkasan AI

  • Kualiti udara di Semenanjung Malaysia menunjukkan penurunan bacaan IPU, namun lapan stesen masih berada pada tahap Tidak Sihat setakat jam 1 petang.
  • Port Dickson merekodkan penurunan IPU terbesar, turun tujuh mata kepada 106, manakala Cheras dan Johan Setia juga mencatat penurunan bacaan.
  • Jumlah stesen dengan kualiti udara Baik meningkat kepada lapan, sementara 52 stesen berada dalam kategori Sederhana di seluruh negara.

KUALA LUMPUR: Kualiti udara di beberapa kawasan Semenanjung Malaysia menunjukkan penurunan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) setakat jam 1 petang, namun jumlah kawasan yang berada pada tahap Tidak Sihat kekal lapan stesen.

Berdasarkan data Jabatan Alam Sekitar (JAS), Port Dickson, Negeri Sembilan merekodkan penurunan bacaan IPU terbesar apabila turun tujuh mata daripada 113 kepada 106.

Cheras, Kuala Lumpur turut mencatat penurunan enam mata kepada 114, manakala Johan Setia, Selangor merekodkan bacaan 156 berbanding 157 pada jam sebelumnya.

Banting mencatat penurunan satu mata kepada 113, manakala Klang meningkat satu mata kepada 152.

Putrajaya dan Shah Alam pula kekal pada bacaan 152, sementara Nilai mencatat penurunan satu mata kepada 152.

Keadaan itu mengekalkan jumlah kawasan pada kategori Tidak Sihat kepada lapan stesen.

Sementara itu, sebanyak 52 stesen di seluruh negara berada dalam kategori Sederhana.

Antara kawasan yang menghampiri kategori Tidak Sihat ialah Bandaraya Melaka (95), Batu Muda (95), Petaling Jaya (94), Bukit Rambai (93) dan Seremban (98).

Jumlah kawasan yang merekodkan kualiti udara pada tahap Baik meningkat kepada lapan stesen selepas Kangar, Perlis kembali ke kategori itu dengan bacaan IPU 49 berbanding 52 pada jam sebelumnya.

Limbang, Sarawak kekal merekodkan bacaan IPU terendah di negara ini iaitu 38, diikuti Kota Kinabalu, Sabah (42) dan Kulim Hi-Tech, Kedah (43).

Bacaan IPU antara 0 hingga 50 dikategorikan sebagai Baik, 51 hingga 100 (Sederhana), 101 hingga 200 (Tidak Sihat), 201 hingga 300 (Sangat Tidak Sihat) dan melebihi 300 sebagai Berbahaya.

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI

  • Q: Berapakah jumlah kawasan yang berada pada tahap Tidak Sihat setakat jam 1 petang? 
    A: Jumlah kawasan yang berada pada tahap Tidak Sihat kekal lapan stesen.
  • Q: Kawasan manakah yang mencatat penurunan bacaan IPU terbesar? 
    A: Port Dickson, Negeri Sembilan mencatat penurunan bacaan IPU terbesar, turun tujuh mata daripada 113 kepada 106.
  • Q: Berapakah jumlah stesen yang merekodkan kualiti udara pada tahap Sederhana? 
    A: Sebanyak 52 stesen di seluruh negara berada dalam kategori Sederhana.
  • Q: Apakah bacaan IPU yang dikategorikan sebagai Baik, Sederhana, Tidak Sihat, Sangat Tidak Sihat dan Berbahaya? 
    A: Bacaan IPU 0-50 (Baik), 51-100 (Sederhana), 101-200 (Tidak Sihat), 201-300 (Sangat Tidak Sihat), melebihi 300 (Berbahaya).
  • Q: Kawasan manakah yang merekodkan bacaan IPU terendah di Malaysia? 
    A: Limbang, Sarawak kekal merekodkan bacaan IPU terendah iaitu 38.

Product Recommendation Section Title

SOME BY MI Daily Mask 30pcs

SOME BY MI Daily Mask 30pcs

Must Watch Video

Advertisement