Ringkasan AI
- Jumlah kawasan dengan bacaan IPU Tidak Sihat menurun kepada lima stesen setakat jam 4 petang, berbanding tujuh stesen sebelumnya.
- Cheras dan Banting kembali ke kategori Sederhana selepas mencatat penurunan bacaan IPU, masing-masing kepada 98 dan 99.
- Johan Setia kekal merekodkan bacaan IPU tertinggi di negara ini pada 155, manakala 55 stesen berada dalam kategori Sederhana.
KUALA LUMPUR: Jumlah kawasan yang merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap Tidak Sihat menurun kepada lima stesen setakat jam 4 petang berbanding tujuh stesen pada jam sebelumnya.
Berdasarkan data Jabatan Alam Sekitar (JAS), Cheras dan Banting kembali ke kategori Sederhana selepas masing-masing mencatat penurunan bacaan IPU.
Cheras merekodkan penurunan terbesar apabila bacaannya turun daripada 116 kepada 98, manakala Banting menurun daripada 101 kepada 99.
Penurunan bacaan IPU turut direkodkan di beberapa kawasan lain termasuk Nilai yang turun 11 mata daripada 151 kepada 140.
Putrajaya dan Shah Alam masing-masing mencatat penurunan kepada 132 dan 122, manakala Klang turun lapan mata kepada 143.
Johan Setia kekal merekodkan bacaan IPU tertinggi di negara ini pada 155.
Sementara itu, sebanyak 55 stesen berada dalam kategori Sederhana.
Antara kawasan yang mencatat bacaan kategori Sederhana ialah Port Dickson (97), Seremban (95), Bandaraya Melaka (92), Bukit Rambai (90) dan Batu Muda (89).
Peningkatan kecil bacaan IPU turut direkodkan di beberapa kawasan termasuk Kulim Hi-Tech (52), Balik Pulau (52) dan Taiping (64).
Jumlah kawasan yang merekodkan kualiti udara pada tahap Baik kekal lapan stesen.
Limbang, Sarawak terus mencatat bacaan IPU terendah di negara ini iaitu 37, diikuti Kota Kinabalu, Sabah (39), Sibu, Sarawak (46) dan ILP Miri, Sarawak (47).
Bacaan IPU antara 0 hingga 50 dikategorikan sebagai Baik, 51 hingga 100 (Sederhana), 101 hingga 200 (Tidak Sihat), 201 hingga 300 (Sangat Tidak Sihat) dan melebihi 300 sebagai Berbahaya.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Berapakah jumlah kawasan yang mencatat bacaan IPU Tidak Sihat setakat jam 4 petang?
A: Lima stesen mencatat bacaan IPU pada tahap Tidak Sihat setakat jam 4 petang. - Q: Kawasan manakah yang mencatat penurunan bacaan IPU terbesar?
A: Cheras mencatat penurunan terbesar, daripada 116 kepada 98. - Q: Apakah bacaan IPU tertinggi yang direkodkan dan di kawasan mana?
A: Johan Setia merekodkan bacaan IPU tertinggi di negara ini iaitu 155. - Q: Berapakah jumlah stesen yang berada dalam kategori Sederhana?
A: Sebanyak 55 stesen berada dalam kategori Sederhana. - Q: Apakah kategori bacaan IPU dan julat nilainya?
A: Bacaan IPU antara 0-50 (Baik), 51-100 (Sederhana), 101-200 (Tidak Sihat), 201-300 (Sangat Tidak Sihat), dan melebihi 300 (Berbahaya).