Skip to main content

Malaysia

Jerebu: Kualiti udara Lembah Klang bertambah baik, Johor kekal catat IPU tertinggi

Kualiti udara di Kuala Lumpur terus bertambah baik apabila bacaan IPU di Cheras menurun kepada 137 berbanding dua jam lalu. Batu Muda pula kekal dalam kategori Sederhana dengan bacaan 84. -Gambar fail/Bernama
Kualiti udara di Kuala Lumpur terus bertambah baik apabila bacaan IPU di Cheras menurun kepada 137 berbanding dua jam lalu. Batu Muda pula kekal dalam kategori Sederhana dengan bacaan 84. -Gambar fail/Bernama

Advertisement

Ringkasan AI

  • Keadaan jerebu di Pantai Barat Semenanjung menunjukkan pemulihan, namun 14 kawasan masih merekodkan bacaan IPU Tidak Sihat setakat 5 petang.
  • Pasir Gudang, Johor mencatatkan bacaan IPU tertinggi negara pada paras 177, diikuti beberapa kawasan lain di Johor dan Pantai Timur dengan bacaan tinggi.
  • KKM dan JAS menasihati penduduk terjejas, khususnya di Johor dan Pantai Timur, supaya mengurangkan aktiviti luar dan memakai pelitup muka bagi mengurangkan risiko kesihatan.

KUALA LUMPUR: Keadaan jerebu di beberapa kawasan Pantai Barat Semenanjung terus menunjukkan tanda-tanda pemulihan pada petang ini, meskipun jumlah kawasan yang merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) Tidak Sihat kekal sebanyak 14 setakat 5 petang.

Berdasarkan data terkini portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) kendalian Jabatan Alam Sekitar (JAS), Pasir Gudang, Johor merekodkan bacaan IPU tertinggi negara pada paras 177.

Larkin pula mencatatkan penurunan dua mata kepada 176 berbanding bacaan pada jam 3 petang. Johor terus merekodkan bacaan tinggi di beberapa kawasan termasuk Kota Tinggi (165), Pengerang (159), Segamat (158), Kluang (158), Tangkak (158) dan Batu Pahat (154).

Di Pantai Timur, bacaan IPU kekal tinggi apabila Kuala Terengganu meningkat satu mata kepada 162. Kemaman turut mencatatkan bacaan 158, manakala Balok Baru di Kuantan, Pahang merekodkan bacaan 158 selepas turun satu mata. Paka pula berada pada paras 154.

Sementara itu, kualiti udara di Kuala Lumpur terus bertambah baik apabila bacaan IPU di Cheras menurun kepada 137 berbanding dua jam lalu. Batu Muda pula kekal dalam kategori Sederhana dengan bacaan 84.

Di Selangor dan Negeri Sembilan, kualiti udara terus berada dalam kategori Sederhana. Seremban merekodkan bacaan 83, manakala Nilai dan Port Dickson masing-masing mencatatkan bacaan 79 dan 74. Di Selangor, Shah Alam merekodkan bacaan 75, diikuti Petaling Jaya (74) dan Klang (73).

Sebanyak lima stesen berada dalam kategori Baik pada petang ini. Balik Pulau, Pulau Pinang mencatatkan bacaan terbaik negara pada paras 29, diikuti Langkawi, Kedah (33), Minden, Pulau Pinang (38), Kulim Hi-Tech, Kedah (44) dan Kangar, Perlis (45).

Secara keseluruhan, daripada 68 stesen pemantauan kualiti udara yang beroperasi di seluruh negara, sebanyak 14 stesen berada pada tahap Tidak Sihat (101 hingga 200), 49 stesen pada tahap Sederhana (51 hingga 100) dan lima stesen pada tahap Baik (0 hingga 50).

KKM dan JAS terus menasihati orang ramai, khususnya penduduk di Johor dan Pantai Timur yang masih terjejas, supaya mengurangkan aktiviti luar serta memakai pelitup muka yang sesuai sekiranya perlu berada di kawasan terbuka bagi mengurangkan risiko kesihatan akibat jerebu.

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI

  • Q: Apakah kawasan yang mencatatkan bacaan IPU tertinggi pada petang ini? 
    A: Pasir Gudang, Johor mencatatkan bacaan IPU tertinggi pada paras 177.
  • Q: Berapakah jumlah stesen yang merekodkan tahap Tidak Sihat, Sederhana dan Baik? 
    A: Sebanyak 14 stesen berada pada tahap Tidak Sihat, 49 stesen pada tahap Sederhana, dan lima stesen pada tahap Baik.
  • Q: Apakah nasihat KKM dan JAS kepada penduduk di kawasan terjejas jerebu? 
    A: KKM dan JAS menasihati orang ramai, khususnya di Johor dan Pantai Timur, supaya mengurangkan aktiviti luar dan memakai pelitup muka yang sesuai jika perlu berada di kawasan terbuka.
  • Q: Bagaimana keadaan kualiti udara di Kuala Lumpur, Selangor dan Negeri Sembilan? 
    A: Kualiti udara di Kuala Lumpur bertambah baik dengan bacaan IPU di Cheras menurun kepada 137, manakala kawasan di Selangor dan Negeri Sembilan kekal dalam kategori Sederhana.
  • Q: Di manakah lokasi yang mencatatkan bacaan IPU terbaik di negara ini? 
    A: Balik Pulau, Pulau Pinang mencatatkan bacaan IPU terbaik pada paras 29, diikuti Langkawi, Minden, Kulim Hi-Tech, dan Kangar.

Must Watch Video

Advertisement