Ringkasan AI
- Kualiti udara di Lembah Klang menunjukkan pemulihan, namun 14 stesen masih merekodkan bacaan IPU Tidak Sihat setakat 3 petang.
- Larkin, Johor mencatatkan bacaan IPU tertinggi negara pada paras 178, diikuti beberapa kawasan lain di Johor dan Pantai Timur.
- Pihak berkuasa menasihati penduduk Johor dan Pantai Timur supaya mengurangkan aktiviti luar serta minum air secukupnya semasa cuaca berjerebu.
KUALA LUMPUR: Kualiti udara di sekitar Lembah Klang menunjukkan tanda-tanda pemulihan pada petang ini, meskipun jumlah kawasan yang merekodkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) Tidak Sihat kekal sebanyak 14 stesen setakat 3 petang.
Berdasarkan data portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) kendalian Jabatan Alam Sekitar (JAS), stesen Larkin, Johor merekodkan bacaan IPU tertinggi negara pada paras 178.
Ia diikuti Pasir Gudang dengan bacaan 177 selepas mencatatkan penurunan satu mata berbanding tengah hari tadi. Johor terus merekodkan bacaan tinggi di beberapa kawasan termasuk Kota Tinggi (164), Segamat (159), Kluang (158), Pengerang (158), Tangkak (158) dan Batu Pahat (153).
Di Kuala Lumpur, stesen Cheras merekodkan penurunan terbesar apabila bacaan IPU turun 13 mata kepada 139 berbanding tengah hari tadi. Batu Muda pula kekal dalam kategori Sederhana dengan bacaan 84.
Sementara itu, bacaan IPU di Pantai Timur kekal tinggi apabila Kuala Terengganu mencatatkan bacaan 161, diikuti Balok Baru di Kuantan, Pahang (159), Kemaman, Terengganu (157), Paka (153) dan Rompin (137).
Di negeri-negeri Pantai Barat termasuk Negeri Sembilan dan Selangor, kualiti udara kekal dalam kategori Sederhana. Seremban merekodkan bacaan 83, diikuti Nilai (79) dan Port Dickson (75).
Di Selangor, Shah Alam mencatatkan bacaan 76, manakala Petaling Jaya dan Klang masing-masing merekodkan bacaan 75 dan 73.
Sebanyak lima stesen berada dalam kategori Baik pada petang ini. Balik Pulau, Pulau Pinang mencatatkan bacaan terbaik negara pada paras 28, diikuti Langkawi, Kedah (33), Minden, Pulau Pinang (39), Kulim Hi-Tech, Kedah (44) dan Kangar, Perlis (47).
Secara keseluruhan, daripada 68 stesen pemantauan kualiti udara yang beroperasi di seluruh negara, sebanyak 14 stesen berada pada tahap Tidak Sihat (101 hingga 200), 49 stesen pada tahap Sederhana (51 hingga 100) dan lima stesen pada tahap Baik (0 hingga 50).
Pihak berkuasa menasihati orang ramai, khususnya penduduk di Johor dan Pantai Timur, supaya mengurangkan aktiviti luar yang tidak perlu serta minum air secukupnya sepanjang keadaan cuaca berjerebu.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apakah status terkini kualiti udara di Lembah Klang?
A: Kualiti udara di Lembah Klang menunjukkan tanda-tanda pemulihan pada petang ini, walaupun 14 stesen masih merekodkan bacaan IPU Tidak Sihat setakat 3 petang. - Q: Di manakah bacaan IPU tertinggi direkodkan di Malaysia?
A: Stesen Larkin, Johor merekodkan bacaan IPU tertinggi negara pada paras 178. - Q: Berapakah jumlah stesen pemantauan yang berada pada tahap Tidak Sihat, Sederhana dan Baik?
A: Daripada 68 stesen, 14 berada pada tahap Tidak Sihat, 49 pada tahap Sederhana, dan lima pada tahap Baik. - Q: Apakah nasihat pihak berkuasa kepada penduduk di kawasan terjejas?
A: Pihak berkuasa menasihati orang ramai, khususnya di Johor dan Pantai Timur, supaya mengurangkan aktiviti luar yang tidak perlu serta minum air secukupnya sepanjang cuaca berjerebu. - Q: Di manakah bacaan kualiti udara terbaik dicatatkan pada petang ini?
A: Balik Pulau, Pulau Pinang mencatatkan bacaan terbaik negara pada paras 28, diikuti Langkawi, Minden, Kulim Hi-Tech dan Kangar.