Ringkasan AI
- Stesen Larkin, Johor Bahru merekodkan bacaan IPU 199 pada jam 2 petang, hampir memasuki kategori Sangat Tidak Sihat.
- Pasir Gudang mencatatkan bacaan tertinggi di negara ini dengan IPU 207, satu-satunya stesen dalam kategori Sangat Tidak Sihat.
- Tiada stesen merekodkan kategori Baik, manakala 31 stesen masih melebihi paras sihat daripada keseluruhan 68 stesen pemantauan.
KUALA LUMPUR: Stesen pemantauan kualiti udara di Larkin, Johor Bahru merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) 199 setakat jam 2 petang ini, menjadikannya antara kawasan dengan pencemaran udara tertinggi di negara ini.
Berdasarkan data Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) Jabatan Alam Sekitar (JAS), bacaan itu hanya dua mata di bawah kategori Sangat Tidak Sihat.
Pasir Gudang kekal mencatatkan bacaan tertinggi di negara ini pada paras 207 dan satu-satunya stesen yang berada dalam kategori Sangat Tidak Sihat.
Data terkini APIMS menunjukkan sebanyak 31 stesen pemantauan di seluruh negara merekodkan bacaan melebihi paras sihat, berbanding 37 stesen pada jam 1 tengah hari tadi.
Pengurangan jumlah stesen dalam kategori Tidak Sihat disumbangkan oleh beberapa kawasan yang kembali ke kategori Sederhana, termasuk Kemaman di Terengganu dengan bacaan 76, Samarahan di Sarawak (67), IPD Serian di Sarawak (60) dan Indera Mahkota, Kuantan di Pahang (93).
Beberapa kawasan lain masih merekodkan bacaan tinggi dalam kategori Tidak Sihat termasuk Johan Setia, Selangor (186), Nilai, Negeri Sembilan (184), Pengerang, Johor (181) dan Bandaraya Melaka (180).
Klang merekodkan bacaan 179 manakala stesen Pegoh, Ipoh mencatatkan penurunan kepada 132 berbanding 142 pada jam sebelumnya.
Di Sabah, Tawau merekodkan bacaan 153 manakala Sandakan menurun kepada 101, namun masih berada dalam kategori Tidak Sihat.
Daripada keseluruhan 68 stesen pemantauan di seluruh negara, tiada stesen merekodkan kategori Baik setakat jam 2 petang.
Sebanyak 37 stesen berada dalam kategori Sederhana dengan Indera Mahkota, Kuantan mencatatkan bacaan tertinggi pada paras 93, diikuti Taiping (92) dan Jerantut (91).
Mengikut klasifikasi IPU, bacaan 0 hingga 50 dikategorikan sebagai Baik, 51 hingga 100 (Sederhana), 101 hingga 200 (Tidak Sihat), 201 hingga 300 (Sangat Tidak Sihat) dan melebihi 300 sebagai Berbahaya.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apakah bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tertinggi yang direkodkan di Malaysia setakat jam 2 petang?
A: Pasir Gudang mencatatkan bacaan tertinggi pada paras 207, satu-satunya stesen dalam kategori Sangat Tidak Sihat. - Q: Berapakah jumlah stesen pemantauan yang merekodkan bacaan melebihi paras sihat setakat jam 2 petang?
A: Sebanyak 31 stesen pemantauan di seluruh negara merekodkan bacaan melebihi paras sihat setakat jam 2 petang. - Q: Apakah kategori bacaan IPU dan julat nilainya mengikut klasifikasi Malaysia?
A: Bacaan 0-50 (Baik), 51-100 (Sederhana), 101-200 (Tidak Sihat), 201-300 (Sangat Tidak Sihat), melebihi 300 (Berbahaya). - Q: Kawasan manakah yang kembali ke kategori Sederhana dan berapakah bacaan IPU mereka?
A: Kemaman (76), Samarahan (67), IPD Serian (60), dan Indera Mahkota, Kuantan (93) kembali ke kategori Sederhana. - Q: Adakah mana-mana stesen merekodkan kategori Baik setakat jam 2 petang?
A: Tiada stesen merekodkan kategori Baik setakat jam 2 petang.