Ringkasan AI
- Kualiti udara di Pasir Gudang, Johor kekal dalam kategori Sangat Tidak Sihat dengan bacaan IPU 207 setakat jam 12 tengah hari ini.
- Secara keseluruhan, 30 stesen pemantauan di seluruh negara berada di atas paras sihat, termasuk satu kategori Sangat Tidak Sihat dan 29 kategori Tidak Sihat.
- Tiada stesen merekodkan kualiti udara kategori Baik, manakala 38 stesen berada dalam kategori Sederhana setakat tengah hari ini.
KUALA LUMPUR: Keadaan kualiti udara di kawasan perindustrian Pasir Gudang, Johor kekal dalam kategori Sangat Tidak Sihat apabila merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) 207 setakat jam 12 tengah hari ini.
Berdasarkan data portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) Jabatan Alam Sekitar (JAS), Pasir Gudang kekal sebagai satu-satunya stesen di negara ini yang merekodkan bacaan dalam kategori Sangat Tidak Sihat.
Di Johor Bahru, stesen Larkin mencatatkan peningkatan satu mata kepada 197 dan kekal dalam kategori Tidak Sihat. Bacaan itu hanya empat mata lagi sebelum memasuki kategori Sangat Tidak Sihat yang bermula pada IPU 201.
Kawasan perindustrian minyak dan gas Pengerang turut mencatatkan peningkatan satu mata kepada 180, manakala Kota Tinggi meningkat dua mata kepada 170, kedua-duanya dalam kategori Tidak Sihat.
Di Lembah Klang dan Pantai Barat, bacaan IPU secara umumnya menunjukkan perubahan kecil. Johan Setia meningkat satu mata kepada 187 manakala Klang turun satu mata kepada 181. Stesen Nilai di Negeri Sembilan pula mencatatkan penurunan dua mata kepada 188.
Di Perak, Tasek Ipoh merekodkan penurunan 17 mata daripada 151 kepada 134, manakala Pegoh Ipoh turun kepada 152.
Bagi wilayah Borneo, Tawau kekal mencatatkan bacaan 153 dan menjadi satu-satunya stesen di Sabah yang berada dalam kategori Tidak Sihat, manakala Sandakan kekal dalam kategori Sederhana dengan bacaan 98.
Secara keseluruhan, sebanyak 30 stesen pemantauan di seluruh negara berada di atas paras sihat, merangkumi satu stesen dalam kategori Sangat Tidak Sihat dan 29 stesen dalam kategori Tidak Sihat.
Sebanyak 38 stesen lagi berada dalam kategori Sederhana, dengan Jerantut di Pahang merekodkan bacaan 97.
Tiada stesen pemantauan merekodkan kualiti udara dalam kategori Baik setakat tengah hari ini. Kangar mencatatkan bacaan 60, manakala Balik Pulau merekodkan bacaan 54.
Mengikut klasifikasi IPU, bacaan 0 hingga 50 dikategorikan sebagai Baik, 51 hingga 100 (Sederhana), 101 hingga 200 (Tidak Sihat), 201 hingga 300 (Sangat Tidak Sihat) dan melebihi 300 (Berbahaya).
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apakah status terkini kualiti udara di Pasir Gudang, Johor?
A: Kualiti udara di Pasir Gudang kekal dalam kategori Sangat Tidak Sihat dengan bacaan IPU 207 setakat jam 12 tengah hari. - Q: Berapakah jumlah stesen pemantauan yang mencatatkan bacaan di atas paras sihat di seluruh negara?
A: Sebanyak 30 stesen pemantauan berada di atas paras sihat, iaitu satu stesen dalam kategori Sangat Tidak Sihat dan 29 stesen dalam kategori Tidak Sihat. - Q: Apakah klasifikasi bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Malaysia?
A: Bacaan IPU 0-50 dikategorikan sebagai Baik, 51-100 (Sederhana), 101-200 (Tidak Sihat), 201-300 (Sangat Tidak Sihat), dan melebihi 300 (Berbahaya). - Q: Bagaimana bacaan IPU di kawasan lain seperti Larkin, Pengerang, dan Kota Tinggi?
A: Larkin mencatatkan bacaan 197 (Tidak Sihat), Pengerang 180 (Tidak Sihat), dan Kota Tinggi 170 (Tidak Sihat). - Q: Adakah terdapat stesen pemantauan yang merekodkan kualiti udara dalam kategori Baik?
A: Tiada stesen pemantauan yang merekodkan kualiti udara dalam kategori Baik setakat tengah hari ini.