awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pempengaruh media sosial didakwa rogol, lakukan amang seksual terhadap dua remaja
Sultan Selangor amat dukacita insiden bakar suar, tidak berkenan budaya samseng
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jerebu: Malaysia masih tunggu maklum balas Indonesia - Nik Nazmi

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
05/10/2023
08:38 MYT
Jerebu: Malaysia masih tunggu maklum balas Indonesia - Nik Nazmi
Nik Nazmi berkata, setakat ini pihaknya tidak menerima lagi respons selepas menghantar surat kepada rakan sejawatnya di Indonesia - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Malaysia masih menunggu maklum balas daripada Indonesia bagi menyelesaikan segera Perjanjian ASEAN Mengenai Pencemaran Jerebu Merentas Sempadan (AATHP).
Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, setakat ini pihaknya tidak menerima lagi respons selepas menghantar surat kepada rakan sejawatnya di Indonesia.
"Belum lagi (terima maklum balas), kita dah hantar surat secara langsung dann juga kita hantar kepada kedutaan (Indonesia).
"Kita akan menunggu respons daripada mereka," katanya dalam sidang media sempena Persidangan dan Pameran Antarabangsa Teknologi Hijau dan Produk Eko Malaysia 2023 (IGEM 2023), di sini pada Khamis.
IGEM 2023 yang berlangsung dari 4 hingga 6 Oktober di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, dirasmikan Timbalan Perdana Datuk Seri Fadillah Yusof hari ini, mewakili Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pada Rabu, Nik Nazmi berkata tindakan menghantar surat kepada Indonesia dibuat susulan arahan oleh Perdana Menteri supaya pihaknya menyelaras dengan rakan sejawat dalam ASEAN, termasuk Indonesia untuk menangani masalah jerebu rentas sempadan.
Mengulas lanjut, beliau berkata setakat ini Pusat Meteorologi Khas ASEAN (ASMC) yang berpusat di Singapura mengesan 193 titik panas di sekitar Kalimantan.
Selain itu, 16 titik panas turut dikesan di Sumatera, manakala sembilan di Sarawak, tambah beliau.
"Jadi kita sedang memantau perkara ini dengan dekat, dan sekali lagi kalau ada maklumat tentang pembakaran terbuka atau tanah gambut, boleh laporkan kepada pihak Jabatan Alam Sekitar (JAS)," kata Nik Nazmi.
Setakat pukul 4 petang ini, enam kawasan merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada paras tidak sihat.
Bukit Rambai, Melaka kekal merekodkan IPU tidak sihat paling tinggi iaitu pada paras 154.
Manakala, lima lagi Bandaraya Melaka (151); Port Dickson, Negeri Sembilan (137); Tangkak, Johor (117); Batu Pahat, Johor (113); serta Alor Gajah, Melaka (112).
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#ASEAN
#jerebu Indonesia
#Nik Nazmi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan