Skip to main content

Malaysia

Jerebu: Paka kembali 'Sederhana', 37 stesen masih catat IPU 'Tidak Sihat'

Sumber: BERNAMA
Enam kawasan di Selangor kekal berada pada tahap tidak sihat iaitu Johan Setia (180), Shah Alam (166), Petaling Jaya (161), Klang (158), Banting (156) dan Kuala Selangor (156). -Gambar fail/Bernama
Advertisement

KUALA LUMPUR: Bilangan stesen pengawasan kualiti udara yang merekodkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap Tidak Sihat menurun kepada 37 stesen di seluruh negara setakat jam 6 petang ini, berbanding 38 stesen pada jam 5 petang tadi.

Berdasarkan data Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), penurunan itu didorong oleh perkembangan positif di Pantai Timur apabila stesen Paka, Terengganu kembali ke kategori Sederhana dengan bacaan 99.

Bagaimanapun, Johan Setia di Selangor kekal merekodkan bacaan IPU tertinggi negara pada paras 180, diikuti Cheras, Kuala Lumpur dengan bacaan 170.

Enam kawasan di Selangor kekal berada pada tahap Tidak Sihat iaitu Johan Setia (180), Shah Alam (166), Petaling Jaya (161), Klang (158), Banting (156) dan Kuala Selangor (156).

Di Wilayah Persekutuan, Batu Muda merekodkan bacaan 168 manakala Putrajaya mencatatkan bacaan 167.

Negeri Sembilan pula merekodkan tiga stesen Tidak Sihat iaitu Nilai (168), Seremban (163) dan Port Dickson (116).

Empat kawasan di Pulau Pinang terus mencatatkan bacaan Tidak Sihat melibatkan Minden (164), Balik Pulau (164), Seberang Jaya (159) dan Seberang Perai (157).

Perak merekodkan lima kawasan Tidak Sihat iaitu Seri Manjung (166), Tasek Ipoh (164), Tanjung Malim (159), Taiping (157) dan Pegoh, Ipoh (152).

Tiga stesen di Melaka turut mencatatkan bacaan Tidak Sihat iaitu Bukit Rambai (153), Alor Gajah (152) dan Bandaraya Melaka (150).

Di Pahang, empat stesen berada pada tahap Tidak Sihat diterajui Temerloh (153) dan Jerantut (132), manakala Indera Mahkota, Kuantan mencatatkan bacaan 119 serta Balok Baru, Kuantan 111.

Bagi Terengganu, hanya tiga kawasan masih berada pada tahap Tidak Sihat susulan pemulihan bacaan di Paka, iaitu Kuala Terengganu (161), Besut (147) dan Kemaman (127).

Di Johor, tiga kawasan masih mencatatkan bacaan Tidak Sihat melibatkan Kluang (136), Tangkak (118) dan Batu Pahat (110).

Kawasan lain yang turut merekodkan bacaan Tidak Sihat ialah Sungai Petani (158) dan Kulim Hi-Tech (154) di Kedah, serta Tanah Merah, Kelantan (155).

Secara keseluruhan, 22 stesen berada pada tahap Sederhana manakala sembilan stesen mencatatkan tahap Baik.

Kota Kinabalu terus merekodkan kualiti udara terbaik negara dengan bacaan 34, diikuti Sandakan (44), Sarikei (45), Politeknik Kota Kinabalu (46), Kapit (46), ILP Miri (48), Samalaju (48), Limbang (50) dan Sri Aman (50).

Mengikut APIMS, bacaan 0 hingga 50 dikategorikan sebagai Baik, 51 hingga 100 Sederhana, 101 hingga 200 Tidak Sihat, 201 hingga 300 sangat Tidak Sihat dan melebihi 300 Berbahaya.

Must Watch Video

Advertisement