Skip to main content

Malaysia

Jerebu: Pasir Gudang, Larkin kembali ke kategori tidak sihat setakat 5 petang

Pasir Gudang merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) 200, manakala Larkin mencatatkan bacaan 199 selepas masing-masing berada dalam kategori Sangat Tidak Sihat pada jam sebelumnya. -Foto fail/Bernama
Pasir Gudang merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) 200, manakala Larkin mencatatkan bacaan 199 selepas masing-masing berada dalam kategori Sangat Tidak Sihat pada jam sebelumnya. -Foto fail/Bernama

Advertisement

KUALA LUMPUR: Tiada stesen pemantauan merekodkan kategori Sangat Tidak Sihat setakat jam 5 petang ini selepas Pasir Gudang dan Larkin di Johor kembali mencatatkan bacaan dalam kategori Tidak Sihat.

Pasir Gudang merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) 200, manakala Larkin mencatatkan bacaan 199 selepas masing-masing berada dalam kategori Sangat Tidak Sihat pada jam sebelumnya.

Berdasarkan data Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) Jabatan Alam Sekitar (JAS), sebanyak 28 stesen pemantauan di seluruh negara berada dalam kategori Tidak Sihat.

Di Lembah Klang dan Pantai Barat, Johan Setia merekodkan bacaan 181, menyamai bacaan di Pengerang. Nilai dan Bandaraya Melaka masing-masing mencatatkan bacaan 180, manakala Klang merekodkan bacaan 175.

Di Pantai Timur, Temerloh mencatatkan penurunan kepada 117, manakala Kuala Selangor merekodkan bacaan 142. Rompin pula mencatatkan bacaan 100 dan kembali ke kategori Sederhana.

Di Sabah, Tawau dan Sandakan masing-masing mencatatkan bacaan 153 dan 113, sekali gus kekal dalam kategori Tidak Sihat.

Sarawak pula merekodkan bacaan kualiti udara terbaik apabila Kapit mencatatkan IPU 50 dan menjadi satu-satunya stesen dalam kategori Baik. Sarikei pula merekodkan bacaan 52 dan berada dalam kategori Sederhana.

Secara keseluruhan, tiada stesen berada dalam kategori Sangat Tidak Sihat, manakala 28 stesen berada dalam kategori Tidak Sihat, 39 stesen dalam kategori Sederhana dan satu stesen dalam kategori Baik.

Mengikut klasifikasi IPU, bacaan 0 hingga 50 dikategorikan sebagai Baik, 51 hingga 100 (Sederhana), 101 hingga 200 (Tidak Sihat), 201 hingga 300 (Sangat Tidak Sihat) dan melebihi 300 sebagai Berbahaya.

Must Watch Video

Advertisement