Skip to main content

Malaysia

Jerebu: Pelaksanaan Ujian Akhir Sesi Akademik minggu depan ditangguhkan - KPM

Kementerian Pendidikan (KPM) dalam kenyataan hari ini memaklumkan perkara itu diputuskan selepas mengambil kira kebimbangan ibu bapa dan penjaga terhadap tahap kesihatan serta keselamatan anak-anak, khususnya murid yang perlu hadir ke sekolah untuk menduduki pentaksiran berkenaan.

Advertisement

Ringkasan AI

  • Pelaksanaan Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) yang dijadualkan minggu hadapan ditangguhkan akibat keadaan jerebu di seluruh negara.
  • Kementerian Pendidikan memberi kelonggaran kepada sekolah untuk menyusun semula jadual UASA dan akan memaklumkan jadual baharu kepada ibu bapa.
  • KPM menegaskan kesihatan dan keselamatan murid kekal menjadi keutamaan sambil memastikan proses pentaksiran berjalan teratur.

PUTRAJAYA: Pelaksanaan Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) yang dijadualkan minggu hadapan ditangguhkan susulan keadaan jerebu yang masih melanda negara.

Kementerian Pendidikan (KPM) dalam kenyataan hari ini memaklumkan perkara itu diputuskan selepas mengambil kira kebimbangan ibu bapa dan penjaga terhadap tahap kesihatan serta keselamatan anak-anak, khususnya murid yang perlu hadir ke sekolah untuk menduduki pentaksiran berkenaan.

Menurut kementerian itu, memandangkan UASA merupakan pentaksiran kendalian sekolah, pihak sekolah diberikan kelonggaran untuk menyusun semula jadual pelaksanaannya.

"Jadual baharu akan dimaklumkan kepada ibu bapa dan penjaga," menurut kenyataan itu.

KPM turut mengakui dilema yang dihadapi ibu bapa dan penjaga apabila perlu mengimbangi aspek kesihatan anak-anak dengan kepentingan memastikan mereka tidak terlepas pentaksiran.

"KPM memahami dilema yang dihadapi ibu bapa. Mereka mahu melindungi kesihatan anak-anak, tetapi pada masa yang sama bimbang sekiranya ketidakhadiran ke sekolah menyebabkan anak-anak terlepas pentaksiran," menurut kenyataan itu.

Kementerian berkenaan memaklumkan kesihatan dan keselamatan murid akan terus menjadi keutamaan, di samping memastikan proses pentaksiran dapat dilaksanakan secara teratur.

-- BERNAMA

Must Watch Video

Advertisement