Skip to main content

Malaysia

Jerebu: Peperiksaan Sekolah Agama di Johor diteruskan mengikut jadual - JAINJ

Mohd Fared berkata peperiksaan Sijil Menengah Rendah Agama (SMRA) di Sekolah Menengah Agama Negeri Johor di daerah Batu Pahat bagi mata pelajaran Lughah Arabiah Muasirah (LAM) yang dijadualkan berlangsung pada 20 Okt ini turut diteruskan. - Gambar fail
Mohd Fared berkata peperiksaan Sijil Menengah Rendah Agama (SMRA) di Sekolah Menengah Agama Negeri Johor di daerah Batu Pahat bagi mata pelajaran Lughah Arabiah Muasirah (LAM) yang dijadualkan berlangsung pada 20 Okt ini turut diteruskan. - Gambar fail

Advertisement

Ringkasan AI

  • Peperiksaan Sijil Menengah Agama (SMA) dan peperiksaan akhir tahun sekolah agama Johor akan diteruskan seperti dijadualkan walaupun penutupan sekolah akibat jerebu.
  • Ujian Lisan Al-Quran bagi UPKK 2026 dilanjutkan hingga 21 Oktober, manakala ujian lisan dan hafazan murid Darjah Satu hingga Lima dilanjutkan hingga 5 November.
  • Calon peperiksaan diwajibkan memakai pelitup muka dan hanya hadir pada hari peperiksaan, manakala PdPR diteruskan untuk murid yang tidak terlibat peperiksaan.

JOHOR BAHRU: Peperiksaan Sijil Menengah Agama (SMA) yang dijadualkan berlangsung pada 19 hingga 23 Okt ini akan diteruskan seperti yang telah ditetapkan.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor Mohd Fared Mohd Khalid berkata peperiksaan Sijil Menengah Rendah Agama (SMRA) di Sekolah Menengah Agama Negeri Johor di daerah Batu Pahat bagi mata pelajaran Lughah Arabiah Muasirah (LAM) yang dijadualkan berlangsung pada 20 Okt ini turut diteruskan.

“Peperiksaan akhir tahun bagi murid Tahap Satu, iaitu Darjah Satu hingga Darjah Tiga Sekolah Agama Kerajaan Johor yang dijadualkan berlangsung dari 19 hingga 23 Okt akan diteruskan.

"Ujian Lisan Al-Quran bagi Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2026 untuk murid Darjah Lima pula dilanjutkan hingga 21 Okt manakala Ujian Lisan Al-Quran dan Hafazan bagi peperiksaan akhir tahun murid Darjah Satu hingga Darjah Lima dilanjutkan hingga 5 Nov,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Beliau berkata penetapan itu dilakukan Lembaga Peperiksaan Bahagian Pendidikan Islam (BPI) Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) susulan pengumuman Kerajaan Negeri Johor semalam yang memutuskan meneruskan penutupan sekolah dan institusi pendidikan di seluruh negeri selama lima hari lagi bermula esok, susulan situasi jerebu.

Mohd Fared berkata arahan tersebut turut terpakai kepada Institusi Pendidikan Agama di bawah bidang kuasa JAINJ namun pengecualian terhad boleh diberikan bagi pelaksanaan peperiksaan tertentu yang perlu diteruskan, tertakluk kepada penyelarasan dan ketetapan pihak berkuasa berkaitan.

Beliau berkata bagi memastikan keselamatan dan kesihatan murid, semua calon diwajibkan memakai pelitup muka sepanjang tempoh peperiksaan selain perlu hadir pada hari peperiksaan dijalankan sahaja dan hendaklah pulang ke rumah masing-masing sebaik selesai menduduki peperiksaan pada hari berkenaan.

"Semua murid yang tidak terlibat dengan mana-mana peperiksaan pula tidak perlu hadir ke sekolah sepanjang tarikh penutupan operasi. Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) akan diteruskan bagi semua sekolah agama di bawah JAINJ bagi memastikan kesinambungan pembelajaran murid.

Kerajaan Negeri Johor sebelum ini mengumumkan penutupan semua sekolah selama dua hari bermula 8 Okt, disusuli lanjutan penutupan sekolah, termasuk institusi pendidikan selama lima hari bermula 12 Okt lepas. 

-- BERNAMA

Must Watch Video

Advertisement