Ringkasan AI
- Jumlah stesen dengan bacaan IPU Tidak Sihat menurun kepada tujuh kawasan setakat jam 2 petang, menurut data Jabatan Alam Sekitar.
- Shah Alam mencatat penurunan IPU terbesar, turun 10 mata kepada 142, manakala Cheras merekodkan peningkatan terbesar kepada 123.
- Johan Setia kekal dengan bacaan IPU tertinggi pada 156, sementara sembilan kawasan kini berada pada tahap Baik.
KUALA LUMPUR: Jumlah stesen yang merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap Tidak Sihat menurun kepada tujuh kawasan setakat jam 2 petang selepas Port Dickson kembali ke kategori Sederhana.
Berdasarkan data Jabatan Alam Sekitar (JAS), Shah Alam mencatat penurunan bacaan IPU terbesar apabila turun 10 mata daripada 152 kepada 142.
Port Dickson turut merekodkan penurunan tujuh mata daripada 106 kepada 99 sekali gus kembali ke kategori Sederhana.
Banting pula mencatat penurunan enam mata daripada 113 kepada 107.
Sebaliknya, Cheras merekodkan peningkatan bacaan IPU terbesar apabila naik sembilan mata daripada 114 kepada 123.
Johan Setia kekal mencatat bacaan IPU tertinggi di negara ini pada 156, diikuti Nilai dengan bacaan 152.
Putrajaya dan Klang masing-masing merekodkan bacaan 151 selepas turun satu mata berbanding sejam sebelumnya.
Sementara itu, sebanyak 52 stesen berada pada tahap Sederhana. Antara kawasan yang merekodkan penurunan bacaan ialah Seremban (97), Batu Muda (93), Petaling Jaya (93) dan Bukit Rambai (92), manakala Bandaraya Melaka kekal pada bacaan 95 dan Alor Gajah pada 86.
Jumlah stesen yang merekodkan kualiti udara pada tahap Baik meningkat kepada sembilan kawasan selepas ILP Miri, Sarawak kembali ke kategori itu dengan bacaan 48 berbanding 51 sebelumnya.
Limbang, Sarawak terus mencatat bacaan IPU terendah di negara ini iaitu 38, diikuti Kota Kinabalu, Sabah (41), Sarikei, Sarawak (44) dan Kangar, Perlis (46).
Bacaan IPU antara 0 hingga 50 dikategorikan sebagai Baik, 51 hingga 100 (Sederhana), 101 hingga 200 (Tidak Sihat), 201 hingga 300 (Sangat Tidak Sihat) dan melebihi 300 sebagai Berbahaya.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Berapakah jumlah stesen yang merekodkan bacaan IPU Tidak Sihat setakat jam 2 petang?
A: Jumlah stesen yang merekodkan bacaan IPU Tidak Sihat menurun kepada tujuh kawasan setakat jam 2 petang. - Q: Kawasan manakah yang mencatat bacaan IPU tertinggi di Malaysia?
A: Johan Setia mencatat bacaan IPU tertinggi di negara ini pada 156, diikuti Nilai dengan bacaan 152. - Q: Apakah kategori bacaan IPU dan julat nilainya?
A: Bacaan IPU antara 0 hingga 50 dikategorikan sebagai Baik, 51 hingga 100 (Sederhana), 101 hingga 200 (Tidak Sihat), 201 hingga 300 (Sangat Tidak Sihat) dan melebihi 300 sebagai Berbahaya. - Q: Kawasan manakah yang mencatat penurunan bacaan IPU terbesar?
A: Shah Alam mencatat penurunan bacaan IPU terbesar apabila turun 10 mata daripada 152 kepada 142. - Q: Berapakah jumlah stesen yang berada pada tahap Sederhana dan Baik?
A: Sebanyak 52 stesen berada pada tahap Sederhana dan sembilan kawasan berada pada tahap Baik.