Persetujuan tersebut dicapai Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Malaysia (MESTECC) Yeo Bee Yin dan rakan sejawatannya dari Singapura Masagos Zulkifli, sewaktu program Pertukaran Lawatan Tahunan (AEV) yang berlangsung dua hari berakhir 15 Nov lepas.
Singapura menjadi tuan rumah kepada AEV tahun ini, yang merupakan satu saluran bagi Kementerian Alam Sekitar kedua-dua negara membincangkan dan menangani isu alam sekitar.
Dalam satu kenyataan dikeluarkan MESTECC, Yeo dan Masagos melahirkan kebimbangan mengenai jerebu rentas sempadan daripada kebakaran tanah dan hutan di rantau ini, yang menjejaskan rakyat Malaysia dan Singapura.
Kedua-dua menteri mengambil maklum mengenai perkembangan dilakukan Negara Anggota ASEAN dalam menangani pencemaran jerubu rentas sempadan, dan mengesa semua pihak untuk memperbaharui komitmen mereka dalam melaksanakan Perjanjian ASEAN berhubung Pencemaran Jerebu Rentas Sempadan (AATHP).
Selain Yeo, delegasi Malaysia disertai Timbalan Ketua Setiausaha (Alam Sekitar dan Perubahan Iklim) MESTECC, Dr Nagulendran Kangayatkarasu, pegawai kanan MESTECC, Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan agensi kerajaan yang lain.
Singapura disertai Setiausaha Tetap Albert Chua dan pegawai kanan dari Kementerian Alam Sekitar dan Sumber Air, Agensi Alam Sekitar Kebangsaan Singapura dan agensi kerajaan lain.
Sejak 1979, AEV memudahkan perhubungan dan kerjasama antara kedua Kementerian berkaitan isu alam sekitar, melalui komitmen jangka panjang dan penyelarasan tindakan.
Kedua-dua menteri juga berbincang mengenai bidang kerjasama baharu seperti perubahan iklim, pengurusan sisa termasuk plastik dan pembungkusan, ekonomi sekitar semula, pencemaran industri dan keselamatan radiasi serta bidang kerjasama lain yang bersesuaian.
Ketika AEV itu, menteri terbabit turut melihat semula kemajuan dicapai Jawatankuasa Bersama Alam Sekitar Malaysia-Singapura (MSJCE) yang bermesyuarat pada 14 Nov 2019.
Antara lain, mereka juga bertukar pandangan berkaitan kawalan pelepasan emisi kenderaan.
Menteri terbabit maklum mengenai kerjasama bilateral bagi mengurangkan pelepasan emisi merbahaya kenderaan, bagi mencapai tahap kualiti udara lebih baik di kedua-dua negara.
Mereka mengalakkan kedua-dua negara untuk terus bertukar informasi berkaitan polisi dan mengenalpasti amalan terbaik dalam mengawalnya.
Yeo turut melawat Pusat Penyelidikan Iklim Singapura yang menjalankan kajian kepelbagaian iklim tropika dan perubahannya dan sistem cuaca yang berkaitan di Singapura dan rantau ASEAN.
AEV tahun 2020 akan diadakan di Malaysia.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 20 2019
Yeo dan Masagos melahirkan kebimbangan mengenai jerebu rentas sempadan daripada kebakaran tanah dan hutan di rantau ini, yang menjejaskan rakyat Malaysia dan Singapura. - Gambar fail/BERNAMA
AWANI Ringkas: Laporan interim nahas helikopter TLDM dalam dua minggu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Nahas helikopter Lumut: Semua jenazah dibawa keluar dari HRPB
Semua jenazah anggota TLDM yang maut dalam nahas helikopter di Lumut dibawa keluar daripada Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun pada Rabu.
Lebih sebulan berlalu, polis masih kesan pemilik sebenar wang RM500,000 dalam bagasi
Polis masih mengesan pemilik sebenar wang tunai lebih RM500,000 yang ditemui dalam bagasi di tempat letak kereta sebuah pusat beli-belah di Damansara pada 20 Mac lalu.
Freedom Flotilla to Gaza: "Ini panggilan daripada Allah" - Dr Sharifah Mazlina
Beliau bersyukur kerana permohonan menyertai misi ini diluluskan biarpun hanya sempat mengisi borang penyertaan di saat akhir.
Bersatu beri bayangan ketengah calon Melayu
Bersatu beri bayangan calon yang akan diketengahkan Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu Mei ini ialah calon Melayu.
Proses bedah siasat 10 mangsa selesai
Proses bedah siasat melibatkan 10 mangsa nahas helikopter terhempas di Lumut yang dijalankan di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) selesai pada jam 2.20 petang Rabu
[TERKINI] Laporan interim dalam tempoh dua minggu
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Khaled Nordin menyatakan komitmen tersebut pada mesyuarat kabinet yang diadakan pada Rabu.
Tak boleh tolak permohonan pasport jika pemohon tidak fasih Bahasa Melayu - JIM
JIM tidak dibenarkan untuk menolak sebarang permohonan pasport hanya kerana pelanggan gagal menguasai bahasa kebangsaan.
Lima penjawat awam direman bantu siasatan kes terima suapan
Lima penjawat awam direman bagi membantu siasatan kes menerima suapan RM3,000 hingga RM15,000 daripada kontraktor berkait kerja pembersihan.
AFPPD pilih Malaysia jadi tuan rumah pejabat sekretariat
Forum Ahli Parlimen Negara Asia Mengenai Populasi dan Pembangunan (AFPPD) memilih Malaysia sebagai pilihan utama untuk menempatkan pejabat sekretariatnya.
Jerebu rentas sempadan: Malaysia, Singapura setuju kerjasama kaji penyelesaian
Yeo dan Masagos melahirkan kebimbangan mengenai jerebu rentas sempadan daripada kebakaran tanah dan hutan di rantau ini, yang menjejaskan rakyat Malaysia dan Singapura.
Singapura-Malaysia bincang tebus guna tanah di Selat Johor
Menteri-Menteri yang menghadiri AEV bersetuju bahawa adalah penting bagi Singapura dan Malaysia untuk terus memenuhi kewajipan mereka di bawah undang-undang antarabangsa.