Skip to main content

Malaysia

Jerebu: Segamat catat IPU tertinggi, 38 stesen kekal 'tidak sihat' setakat 11 pagi

Menurut data pengawasan kualiti udara terkini, sebanyak 38 stesen terus merekodkan bacaan dalam kategori Tidak Sihat, manakala beberapa kawasan di Pantai Barat dan selatan Semenanjung menunjukkan peningkatan bacaan berbanding sejam sebelumnya. -Gambar fail/Bernama
Menurut data pengawasan kualiti udara terkini, sebanyak 38 stesen terus merekodkan bacaan dalam kategori Tidak Sihat, manakala beberapa kawasan di Pantai Barat dan selatan Semenanjung menunjukkan peningkatan bacaan berbanding sejam sebelumnya. -Gambar fail/Bernama

Advertisement

Ringkasan AI

  • Segamat, Johor mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tertinggi negara iaitu 188 setakat 11 pagi ini.
  • Sebanyak 38 stesen merekodkan bacaan IPU Tidak Sihat, dengan peningkatan ketara di Pantai Barat dan selatan Semenanjung Malaysia.
  • Orang ramai di kawasan terjejas dinasihatkan mengurangkan aktiviti luar dan mematuhi nasihat kesihatan pihak berkuasa.

KUALA LUMPUR: Kualiti udara di beberapa kawasan Semenanjung Malaysia terus berada pada tahap membimbangkan apabila Segamat, Johor merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tertinggi negara iaitu 188 setakat 11 pagi ini.

Menurut data pengawasan kualiti udara terkini, sebanyak 38 stesen terus merekodkan bacaan dalam kategori Tidak Sihat, manakala beberapa kawasan di Pantai Barat dan selatan Semenanjung menunjukkan peningkatan bacaan berbanding sejam sebelumnya.

Negeri Sembilan dan Johor kekal antara negeri paling terjejas. Di Negeri Sembilan, Nilai dan Seremban masing-masing kekal pada bacaan 183, manakala Port Dickson meningkat kepada 170.

Di Johor, selain Segamat yang mencatatkan bacaan tertinggi negara, Tangkak meningkat kepada 173, manakala Kluang dan Pasir Gudang masing-masing merekodkan bacaan 180 dan 179.

Di Lembah Klang, Johan Setia di Selangor kekal merekodkan bacaan tertinggi negeri itu pada 178, diikuti Shah Alam pada 170.

Di Wilayah Persekutuan, Cheras dan Putrajaya masing-masing mencatatkan bacaan 173, manakala Batu Muda berada pada 169.

Beberapa kawasan lain turut menunjukkan peningkatan bacaan IPU. Rompin, Pahang merekodkan bacaan 176 manakala Balok Baru, Kuantan meningkat kepada 167.

Di utara Semenanjung, Alor Setar dan Kangar yang masih berada dalam kategori Sederhana masing-masing merekodkan bacaan 93 dan 90, manakala Kulim Hi-Tech mencatatkan bacaan 99, hampir memasuki kategori Tidak Sihat.

Sementara itu, kualiti udara di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal dalam kategori Sederhana. Kimanis, Sabah merekodkan bacaan terendah negara iaitu 55, diikuti Kota Kinabalu pada 57 dan Labuan pada 58.

Mengikut APIMS, bacaan IPU antara 0 hingga 50 dikategorikan sebagai baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat dan melebihi 300 berbahaya.

Orang ramai di kawasan terjejas dinasihatkan mengurangkan aktiviti luar dan mematuhi nasihat kesihatan yang dikeluarkan pihak berkuasa dari semasa ke semasa.

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI

  • Q: Apakah kawasan yang mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tertinggi di Malaysia setakat 11 pagi ini? 
    A: Segamat, Johor mencatatkan bacaan IPU tertinggi negara iaitu 188 setakat 11 pagi ini.
  • Q: Berapakah jumlah stesen yang merekodkan bacaan IPU dalam kategori Tidak Sihat? 
    A: Sebanyak 38 stesen merekodkan bacaan IPU dalam kategori Tidak Sihat.
  • Q: Apakah nasihat pihak berkuasa kepada orang ramai di kawasan terjejas? 
    A: Orang ramai dinasihatkan mengurangkan aktiviti luar dan mematuhi nasihat kesihatan yang dikeluarkan pihak berkuasa dari semasa ke semasa.
  • Q: Bagaimanakah kategori bacaan IPU ditentukan menurut APIMS? 
    A: Bacaan IPU antara 0-50 dikategorikan sebagai baik, 51-100 sederhana, 101-200 tidak sihat, 201-300 sangat tidak sihat, dan melebihi 300 berbahaya.
  • Q: Apakah kawasan yang mencatatkan bacaan IPU terendah di Malaysia? 
    A: Kimanis, Sabah mencatatkan bacaan IPU terendah negara iaitu 55, diikuti Kota Kinabalu pada 57 dan Labuan pada 58.

Must Watch Video

Advertisement