Ringkasan AI
- Stesen pemantauan Segamat, Johor mencatat peningkatan IPU tertinggi negara dengan bacaan melonjak kepada 131 setakat 5 petang.
- Pasir Gudang merekodkan bacaan IPU tertinggi 183, diikuti Bandar Diraja Klang 181 dan Larkin 180, menunjukkan tahap pencemaran udara tidak sihat.
- Secara keseluruhan, 27 stesen kekal dalam kategori tidak sihat, manakala hanya Langkawi mencatat kualiti udara baik dengan bacaan 48.
KUALA LUMPUR: Stesen pemantauan Segamat, Johor mencatat peningkatan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tertinggi di negara ini apabila bacaannya melonjak sebanyak 30 mata dalam tempoh sejam setakat 5 petang.
Berdasarkan data portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) kendalian Jabatan Alam Sekitar (JAS), bacaan IPU di Segamat meningkat kepada 131 berbanding 101 pada jam 4 petang.
Peningkatan itu menjadikan Segamat terus berada dalam kategori tidak sihat selepas melepasi ambang bacaan 100 pada jam sebelumnya.
Pasir Gudang kekal merekodkan bacaan IPU tertinggi negara apabila meningkat kepada 183, diikuti Bandar Diraja Klang dengan bacaan 181 dan Larkin pada 180.
Sementara itu, Johan Setia terus mencatat peningkatan apabila naik satu mata kepada 179, manakala Temerloh meningkat daripada 148 kepada 152.
Di Pantai Timur, beberapa kawasan menunjukkan trend pemulihan apabila Paka, Terengganu mencatat penurunan 15 mata kepada 121, manakala Rompin, Pahang turun 19 mata kepada 104.
Kawasan lain yang masih berada dalam kategori tidak sihat ialah Nilai (177), Bukit Rambai (174), Pengerang (172), Cheras (171), Putrajaya (169), Bandaraya Melaka (169), Port Dickson (168), Kota Tinggi (168), Shah Alam (167), Batu Muda (164), Banting (164), Seremban (164), Alor Gajah (163), Petaling Jaya (159), Batu Pahat (159), Tangkak (156), Kluang (155), Indera Mahkota, Kuantan (155) dan Kemaman (153).
Secara keseluruhan, sebanyak 27 stesen kekal dalam kategori tidak sihat (101-200), manakala 40 stesen berada dalam kategori sederhana (51-100).
Langkawi, Kedah kekal sebagai satu-satunya stesen di negara ini yang mencatat kualiti udara dalam kategori baik dengan bacaan 48.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apakah stesen yang mencatat bacaan IPU tertinggi di Malaysia setakat 5 petang?
A: Pasir Gudang mencatat bacaan IPU tertinggi dengan 183, diikuti Bandar Diraja Klang (181) dan Larkin (180). - Q: Berapakah jumlah stesen yang berada dalam kategori tidak sihat dan sederhana?
A: Sebanyak 27 stesen berada dalam kategori tidak sihat (101-200) dan 40 stesen dalam kategori sederhana (51-100). - Q: Apakah kawasan yang menunjukkan trend pemulihan kualiti udara?
A: Paka, Terengganu mencatat penurunan 15 mata kepada 121, manakala Rompin, Pahang turun 19 mata kepada 104. - Q: Apakah bacaan IPU terkini di Segamat dan perubahan yang dicatatkan?
A: Bacaan IPU di Segamat meningkat kepada 131 pada 5 petang, naik 30 mata berbanding 101 pada 4 petang. - Q: Stesen manakah yang mencatat kualiti udara terbaik di Malaysia?
A: Langkawi, Kedah kekal sebagai satu-satunya stesen dengan kualiti udara kategori baik, mencatat bacaan 48.