Skip to main content

Malaysia

Jerebu: Segamat kekal lokasi paling terjejas, IPU Seremban terus meningkat setakat 7 malam

Berdasarkan data APIMS, Segamat, Johor dan Seremban, Negeri Sembilan merekodkan antara bacaan tertinggi negara sepanjang tempoh berkenaan. -Gambar hiasan/Sinar Harian
Berdasarkan data APIMS, Segamat, Johor dan Seremban, Negeri Sembilan merekodkan antara bacaan tertinggi negara sepanjang tempoh berkenaan. -Gambar hiasan/Sinar Harian

Advertisement

Ringkasan AI

  • Beberapa kawasan di selatan dan Pantai Barat Semenanjung merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) Tidak Sihat sehingga 7 malam ini.
  • Segamat, Seremban, Nilai, Johan Setia, Putrajaya, Cheras, Bukit Rambai, Bandaraya Melaka dan Rompin antara kawasan dengan bacaan IPU tertinggi hari ini.
  • Setakat 7 malam, 36 stesen mencatatkan bacaan Tidak Sihat, manakala orang ramai dinasihatkan mengurangkan aktiviti luar dan patuhi nasihat kesihatan.

KUALA LUMPUR: Data Indeks Pencemaran Udara (IPU) sejak pagi hingga 7 malam hari ini menunjukkan beberapa kawasan di selatan dan Pantai Barat Semenanjung terus merekodkan bacaan tinggi dalam kategori Tidak Sihat.

Berdasarkan data Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), Segamat, Johor dan Seremban, Negeri Sembilan merekodkan antara bacaan tertinggi negara sepanjang tempoh berkenaan.

Di Segamat, bacaan IPU meningkat daripada 187 pada 10 pagi kepada 190 pada 7 malam, dengan bacaan tertinggi 191 direkodkan antara 5 petang hingga 6 petang.

Di Seremban, bacaan IPU meningkat secara beransur-ansur daripada 183 pada 10 pagi kepada 189 pada 7 malam.

Nilai pula mencatatkan bacaan antara 182 hingga 185 sepanjang tempoh sama sebelum merekodkan bacaan 183 pada 7 malam.

Di Lembah Klang, Johan Setia, Selangor kekal mencatatkan bacaan tinggi antara 178 dan 179 sepanjang hari.

Putrajaya pula merekodkan peningkatan daripada 173 pada sebelah pagi kepada 175 pada lewat petang, manakala Cheras mencatatkan bacaan antara 173 hingga 175.

Di Melaka, Bukit Rambai dan Bandaraya Melaka menunjukkan peningkatan bacaan daripada 172 pada sebelah pagi kepada 176 pada 7 malam.

Rompin, Pahang pula meningkat daripada 175 kepada 178 dan kekal pada paras itu sehingga malam.

Secara keseluruhan, sebanyak 36 stesen terus mencatatkan bacaan dalam kategori Tidak Sihat setakat 7 malam ini, manakala selebihnya berada dalam kategori Sederhana.

Mengikut APIMS, bacaan IPU antara 0 hingga 50 dikategorikan sebagai baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat dan melebihi 300 berbahaya.

Orang ramai, khususnya kanak-kanak, warga emas dan individu yang mempunyai masalah pernafasan, dinasihatkan mengurangkan aktiviti luar serta mematuhi nasihat kesihatan yang dikeluarkan pihak berkuasa.

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI

  • Q: Apakah kawasan yang mencatatkan bacaan IPU tertinggi pada hari ini? 
    A: Segamat, Johor dan Seremban, Negeri Sembilan mencatatkan antara bacaan IPU tertinggi pada hari ini.
  • Q: Berapakah bacaan IPU tertinggi yang direkodkan di Segamat dan pada waktu bila? 
    A: Bacaan IPU tertinggi di Segamat ialah 191, direkodkan antara jam 5 petang hingga 6 petang.
  • Q: Berapa banyak stesen yang mencatatkan bacaan IPU dalam kategori Tidak Sihat setakat 7 malam? 
    A: Sebanyak 36 stesen mencatatkan bacaan IPU dalam kategori Tidak Sihat setakat 7 malam.
  • Q: Apakah kategori bacaan IPU menurut APIMS? 
    A: Bacaan IPU 0-50 dikategorikan sebagai baik, 51-100 sederhana, 101-200 tidak sihat, 201-300 sangat tidak sihat, dan melebihi 300 berbahaya.
  • Q: Apakah nasihat kepada orang ramai berikutan bacaan IPU Tidak Sihat? 
    A: Orang ramai, khususnya kanak-kanak, warga emas dan individu yang mempunyai masalah pernafasan, dinasihatkan mengurangkan aktiviti luar serta mematuhi nasihat kesihatan pihak berkuasa.

Product Recommendation Section Title

SOME BY MI Daily Mask 30pcs

SOME BY MI Daily Mask 30pcs

Must Watch Video

Advertisement