Skip to main content

Malaysia

Jerebu: Sekolah agama negeri, persendirian beroperasi seperti biasa esok - JAIS

Pemandangan di sekitar bandar raya Shah Alam terjejas akibat diselubungi jerebu. - Gambar fail/BERNAMA
Pemandangan di sekitar bandar raya Shah Alam terjejas akibat diselubungi jerebu. - Gambar fail/BERNAMA

Advertisement

SHAH ALAM: Semua sekolah agama negeri di bawah kendalian Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) akan  beroperasi seperti biasa esok sehingga dimaklumkan kelak.

Pengarah JAIS Datuk Mohd Shahzihan Ahmad berkata ketetapan itu turut terpakai kepada sekolah Islam persendirian di negeri berkenaan.

“Namun, ibu bapa atau penjaga diberikan pilihan untuk tidak menghantar anak ke sekolah sekiranya bimbang akan tahap kesihatan mereka dan hendaklah memaklumkan ketidakhadiran anak kepada pihak sekolah.

“Pihak sekolah dinasihatkan untuk mengurangkan aktiviti di luar kelas, dan guru serta pelajar yang hadir ke sekolah digalakkan memakai pelitup separuh muka sebagai langkah berjaga-jaga manakala pelajar yang mengalami akut lelah serius hendaklah diawasi rapi oleh pihak sekolah,” menurutnya dalam kenyataan hari ini. 

Beliau turut menasihati warga sekolah dan ibu bapa atau penjaga supaya sentiasa mengikuti makluman rasmi pihak berkuasa berhubung perkembangan kualiti udara serta arahan operasi sekolah yang berkaitan, serta tidak membuat sebarang andaian berkaitan pengoperasian sekolah.

Mohd Shahzihan berkata maklumat lanjut mengenai operasi sekolah akan dimaklumkan melalui saluran rasmi JAIS dari semasa ke semasa.

-- BERNAMA

 

Must Watch Video

Advertisement