Ringkasan AI
- Semua institusi pendidikan KPM di Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Selangor dan Kuala Lumpur beroperasi seperti biasa walaupun keadaan jerebu.
- Aktiviti luar bilik darjah ditangguhkan di beberapa negeri sebagai langkah berjaga-jaga, dan murid digalakkan memakai pelitup muka.
- Ibu bapa boleh memilih tidak menghantar anak ke sekolah jika bimbang kesihatan, dengan memaklumkan kepada pihak sekolah.
KUALA LUMPUR: Semua institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) di Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur akan beroperasi seperti biasa pada Khamis, meskipun beberapa negeri menetapkan penangguhan aktiviti luar susulan keadaan jerebu.
Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) masing-masing dalam kenyataan memaklumkan keputusan itu dibuat berdasarkan pemantauan keadaan semasa serta bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU).
Di Negeri Sembilan, semua institusi pendidikan di bawah KPM beroperasi seperti biasa, namun aktiviti luar bilik darjah termasuk sukan, perkhemahan, keramaian, perhimpunan dan aktiviti di dewan terbuka hendaklah dihentikan sekiranya bacaan IPU melebihi 100.
Di Pahang, sekolah di daerah Pekan, Kuantan, Rompin, Temerloh, Maran, Bera dan Bentong beroperasi seperti biasa, namun semua aktiviti luar ditangguhkan.
Sekolah di daerah Lipis, Jerantut, Cameron Highlands dan Raub turut beroperasi seperti biasa.
Sementara itu, JPN Perak mengesahkan semua institusi pendidikan di bawah KPM di negeri itu beroperasi seperti biasa selepas bacaan IPU di semua stesen pemantauan berada di bawah paras 150 setakat jam 2 petang Khamis.
Di Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, semua sekolah serta institusi pendidikan di bawah KPM turut beroperasi seperti biasa, manakala murid digalakkan memakai pelitup muka sebagai langkah berjaga-jaga.
JPN Kuala Lumpur turut memaklumkan semua aktiviti luar bilik darjah ditangguhkan bagi mengurangkan pendedahan murid dan warga sekolah kepada jerebu.
Ibu bapa atau penjaga yang bimbang terhadap tahap kesihatan anak-anak boleh memilih untuk tidak menghantar mereka ke sekolah, dengan syarat memaklumkan ketidakhadiran itu kepada pihak sekolah.
Murid yang mengalami gejala pernafasan juga disaran mengambil langkah berjaga-jaga, manakala pihak sekolah diminta terus memantau kualiti udara serta mematuhi garis panduan dan arahan KPM.
Ibu bapa dan penjaga turut dinasihatkan mengikuti saluran rasmi JPN masing-masing bagi mendapatkan maklumat terkini berhubung perkembangan keadaan jerebu.
Sementara itu, semua sekolah dan institusi pendidikan di Johor kekal ditutup hingga Jumaat.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apakah status operasi sekolah di Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur?
A: Semua institusi pendidikan di bawah KPM di negeri-negeri tersebut beroperasi seperti biasa pada Khamis. - Q: Apakah langkah yang diambil berkaitan aktiviti luar bilik darjah di sekolah-sekolah terlibat?
A: Aktiviti luar bilik darjah seperti sukan, perkhemahan, keramaian, perhimpunan dan aktiviti di dewan terbuka ditangguhkan atau dihentikan, terutama jika bacaan IPU melebihi 100. - Q: Apakah saranan kepada murid dan ibu bapa semasa keadaan jerebu?
A: Murid digalakkan memakai pelitup muka, dan ibu bapa yang bimbang tentang kesihatan anak boleh memilih untuk tidak menghantar mereka ke sekolah dengan memaklumkan kepada pihak sekolah. - Q: Bagaimana status sekolah di Johor berbanding negeri-negeri lain?
A: Semua sekolah dan institusi pendidikan di Johor kekal ditutup hingga Jumaat. - Q: Apakah arahan kepada pihak sekolah berkaitan pemantauan dan maklumat terkini?
A: Pihak sekolah diminta terus memantau kualiti udara, mematuhi garis panduan dan arahan KPM, serta ibu bapa dinasihatkan mengikuti saluran rasmi JPN untuk maklumat terkini.