KUANTAN: Pihak sekolah diminta mematuhi garis panduan yang disediakan berikutan beberapa kawasan di negara ini telah dilanda jerebu, kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.
Beliau berkata garis panduan itu antara lain menetapkan tiada aktiviti luar boleh dilaksanakan sekiranya bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 100.
"Kita memang dah ada garis panduan dan kekal dengan ia... malah kita sering tegaskan garis panduan ini terpakai untuk semua dan mesti dipatuhi untuk elak sebarang kejadian tidak diingini," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penutupan Mahrajan Al-Quran Sekolah-Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia Peringkat Kebangsaan 2023 di sini hari ini.
Jumlah kawasan merekodkan bacaan Indeks IPU kategori tidak sihat pagi tadi meningkat kepada 16, merangkumi sembilan negeri dengan Cheras di ibu negara merekodkan IPU tertinggi dengan bacaan 164.
Beliau berkata Kementerian Pendidikan juga akan mendapatkan nasihat dan cadangan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sama ada sekolah perlu ditutup.
"Kita akan bergantung kepada nasihat KKM dari masa ke masa berkenaan cadangan untuk menutup (sekolah) atau pakai pelitup muka dan sebagainya," katanya.
Semasa ditanya mengenai isu kekurangan guru, beliau berkata ia bersifat sementara dan pihaknya sentiasa melaksanakan unjuran bersama Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) untuk memastikan masalah itu dapat ditangani.
"Isu kekurangan guru adalah sementara dan kita baru selesai temu duga untuk pengambilan one-off selain sedang dalam proses pengambilan secara contract of service (COS) (kontrak perkhidmatan), " jelasnya.
Media sebelum ini melaporkan, Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) mendakwa sekolah di seluruh negara mengalami kekurangan lebih 20,000 guru dan perlu diselesaikan segera.
Sementara itu, menyentuh mengenai Program Mahrajan Al-Quran, Fadhlina berkata acara tahunan itu disertai 688 peserta dari sekolah rendah dan menengah yang mengambil bahagian dalam 16 acara yang dianjurkan.
Beliau berkata program itu antara lain bertujuan untuk membangunkan potensi dan sahsiah pelajar selain meningkatkan keupayaan serta keberanian mereka.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 02 2023
Fadhlina berkata Kementerian Pendidikan juga akan mendapatkan nasihat dan cadangan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sama ada sekolah perlu ditutup. - Gambar fail
KidDin bergabung jawab segala isu Konsert Search 'Gemuruh'
KONSERT Search 'Gemuruh' nampaknya semakin diperkatakan disebabkan beberapa isu yang ditimbulkan sehari dua ini.
Penunjuk perasaan Palestin tempelak wartawan AS
Mereka menuduh wartawan A.S sembunyikan dan berikan gambaran salah mengenai perang di Gaza.
Lawatan ke Riyadh: Blinken melawat Arab Saudi esok
Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Antony Blinken akan melawat Arab Saudi pada Isnin untuk bertemu dengan rakan serantau dan membincangkan usaha mencapai gencatan senjata di Gaza dan pembebasan tebusan Israel.
Iraq lulus akta penjara maksimum 15 tahun
Parlimen Iraq meluluskan undang-undang yang menjenayahkan hubungan sejenis dengan hukuman penjara maksimum 15 tahun pada Sabtu.
PRK Kuala Kubu Baharu: MB nafi rumah terbuka Selangor langgar akta
Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Peringkat Negeri Selangor yang diadakan pada Sabtu malam di pekan Kuala Kubu Bharu (KKB) di sini, tidak melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (AKPR).
Pengurus rumah kebajikan didenda RM4,500 cederakan warga emas
Seorang pengurus rumah kebajikan didenda RM4,500 selepas mengaku bersalah mendatangkan kecederaan kepada seorang warga emas.
Amiruddin nafi rumah terbuka langgar peraturan pilihan raya
Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari menafikan dakwaan bahawa penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri oleh kerajaan negeri di pekan Kuala Kubu Baharu (KKB) pada Sabtu, melanggar peruntukan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.
Misi teroka peluang ekonomi, tarik pelaburan baharu di WEF - Anwar
Malaysia dalam misi meneroka pelbagai peluang ekonomi dan menarik pelaburan baharu pada Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Riyadh, Arab Saudi yang akan berlangsung dua hari bermula hari ini.
Polis Jerman rampas 4 Bugatti Veyron
Jerman merampas empat kereta model Bugatti Veyron yang jarang ditemui dari kemudahan simpanan persendirian di Munich, Jerman, yang dikaitkan dengan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB), menurut laporan media Jerman.
AWANI Ringkas: Dijangka diniagakan sekitar RM4.77 berbanding dolar AS
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Banjir: Tiga sekolah di Johor ditutup esok
Tiga sekolah yang terjejas ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Maju Jaya, SK Bukit Mutiara dan SK Sungai Tiram.
Banjir: Dua sekolah di Pekan laksana PdPR esok
Dua sekolah di daerah Pekan akan meneruskan sesi pembelajaran melalui keadah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) bermula Selasa.
Guru sekolah mogok, sekolah tutup di Portland AS
Para guru di sekolah-sekolah awam Portland melancarkan mogok pada Rabu menyebabkan kesemua 81 sekolah di bandar terbesar di negeri Oregon, Amerika Syarikat (AS) itu ditutup, lapor Xinhua.
Jerebu: Sekolah diminta patuhi garis panduan - Fadhlina
Pihak sekolah diminta mematuhi garis panduan yang disediakan berikutan beberapa kawasan di negara ini telah dilanda jerebu, kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.
Sekolah di Bangladesh ditutup akibat cuaca terlalu panas
Gelombang panas berterusan menyebabkan penutupan sekolah rendah kerajaan di seluruh Bangladesh.
Waris SK Assumption mohon tempoh setahun lagi
Sekolah tersebut sepatutnya dipelihara warisannya berikutan hampir 90 tahun beroperasi.
Pascabanjir: Sesi persekolahan dua sekolah rendah di Taman Seri Muda ditunda
Dua buah sekolah rendah di Seksyen 25, Taman Sri Muda yang terkesan akibat bencana banjir dua minggu lalu, masih belum dapat memulakan sesi persekolahan hari ini.
Guru positif COVID-19, dua sekolah di Lawas tangguh pembelajaran bersemuka
Dua sekolah menengah kebangsaan (SMK) di Lawas iaitu SMK Trusan dan SMK Merapok ditangguh pembukaan sesi pembelajaran bersemuka ekoran guru positif COVID-19.
COVID-19: Tujuh sekolah di Kedah ditutup dua hari
Tujuh buah sekolah di negeri Kedah ditutup selama dua hari bermula 2 Mei susulan penularan COVID-19 yang melibatkan warga sekolah berkenaan.
COVID-19: Hampir 40 sekolah di Johor diarah tutup sejak bulan lepas
Hampir 40 sekolah di Johor diarah tutup secara berperingkat sejak bulan lepas setelah terdapat kes positif COVID-19 dikesan dalam kalangan kakitangan dan murid di institusi pendidikan itu.