Skip to main content

Malaysia

Jerebu: Sembilan kawasan catat IPU tidak sihat setakat 12 tengah hari

Di Kuala Lumpur, stesen Cheras merekodkan bacaan 153, manakala Johan Setia, Selangor mencatatkan bacaan 152 dan Putrajaya 151. -Gambar fail
Di Kuala Lumpur, stesen Cheras merekodkan bacaan 153, manakala Johan Setia, Selangor mencatatkan bacaan 152 dan Putrajaya 151. -Gambar fail

Advertisement

Ringkasan AI

  • Jumlah stesen mencatatkan kualiti udara tidak sihat meningkat kepada sembilan setakat jam 12 tengah hari ini.
  • Batu Pahat, Johor merekodkan bacaan IPU tertinggi iaitu 156, diikuti beberapa kawasan di Johor, Lembah Klang, Sarawak dan Melaka.
  • Orang ramai, terutama golongan berisiko, dinasihatkan mengurangkan aktiviti luar dan mengambil langkah pencegahan kesihatan sepanjang tempoh berjerebu.

KUALA LUMPUR: Situasi jerebu di beberapa kawasan di negara ini terus merosot apabila jumlah stesen yang mencatatkan kualiti udara tidak sihat meningkat kepada sembilan setakat jam 12 tengah hari ini.

Berdasarkan data terbaharu Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), Johor dan Lembah Klang terus merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tertinggi.

Stesen Batu Pahat, Johor merekodkan bacaan IPU tertinggi negara iaitu 156, diikuti Larkin dan Pasir Gudang yang masing-masing mencatatkan bacaan 155.

Di Kuala Lumpur, stesen Cheras merekodkan bacaan 153, manakala Johan Setia, Selangor mencatatkan bacaan 152 dan Putrajaya 151.

Turut berada dalam kategori tidak sihat ialah Nilai, Negeri Sembilan dengan bacaan 122.

Sementara itu, dua kawasan memasuki kategori tidak sihat pada tengah hari ini iaitu stesen IPD Serian, Sarawak yang mencatatkan bacaan 123 dan Bukit Rambai, Melaka dengan bacaan 109.

Sebanyak 58 stesen pemantauan di seluruh negara berada dalam kategori sederhana. Antara kawasan yang hampir memasuki kategori tidak sihat ialah Batu Muda, Kuala Lumpur dengan bacaan 98, diikuti Segamat dan Kuching (97), Kluang (96) serta Shah Alam (94).

Hanya satu stesen di seluruh negara mencatatkan kualiti udara pada kategori baik iaitu Langkawi, Kedah dengan bacaan IPU 31.

Mengikut APIMS, bacaan IPU antara 0 hingga 50 dikategorikan sebagai baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat dan melebihi 300 berbahaya.

Orang ramai khususnya mereka yang berada di kawasan mencatatkan bacaan tidak sihat dinasihatkan mengurangkan aktiviti fizikal di luar bangunan.

Golongan berisiko seperti kanak-kanak, warga emas dan individu yang menghidap penyakit pernafasan turut digesa mengambil langkah pencegahan kesihatan yang sewajarnya sepanjang tempoh berjerebu.

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI

  • Q: Berapakah jumlah stesen yang mencatatkan kualiti udara tidak sihat setakat jam 12 tengah hari ini? 
    A: Sembilan stesen mencatatkan kualiti udara tidak sihat setakat jam 12 tengah hari ini.
  • Q: Di manakah lokasi yang merekodkan bacaan IPU tertinggi di Malaysia? 
    A: Batu Pahat, Johor merekodkan bacaan IPU tertinggi iaitu 156.
  • Q: Apakah kategori bacaan IPU menurut APIMS? 
    A: Bacaan IPU 0-50 dikategorikan sebagai baik, 51-100 sederhana, 101-200 tidak sihat, 201-300 sangat tidak sihat, dan melebihi 300 berbahaya.
  • Q: Apakah nasihat kepada orang ramai di kawasan yang mencatatkan bacaan tidak sihat? 
    A: Orang ramai dinasihatkan mengurangkan aktiviti fizikal di luar bangunan.
  • Q: Siapakah golongan yang digesa mengambil langkah pencegahan kesihatan sepanjang tempoh berjerebu? 
    A: Kanak-kanak, warga emas dan individu yang menghidap penyakit pernafasan digesa mengambil langkah pencegahan kesihatan sewajarnya.

Product Recommendation Section Title

SOME BY MI Daily Mask 30pcs

SOME BY MI Daily Mask 30pcs

Must Watch Video

Advertisement