Skip to main content

Malaysia

Jerebu: Seri Manjung kembali ke tahap sederhana, 28 stesen masih tidak sihat setakat 4 petang

Tangkak di Johor kekal merekodkan bacaan IPU tertinggi negara pada paras 185, tidak berubah berbanding bacaan pada 2 petang. -Gambar fail/Bernama
Tangkak di Johor kekal merekodkan bacaan IPU tertinggi negara pada paras 185, tidak berubah berbanding bacaan pada 2 petang. -Gambar fail/Bernama

Advertisement

Ringkasan AI

  • Jumlah stesen dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) Tidak Sihat berkurangan kepada 28 setakat 4 petang ini.
  • Tangkak, Johor kekal mencatat bacaan IPU tertinggi negara pada paras 185, diikuti Larkin dan Pasir Gudang masing-masing 182.
  • Daripada 68 stesen, 40 merekodkan tahap Sederhana, manakala tiada stesen mencatat bacaan Baik atau Sangat Tidak Sihat.

KUALA LUMPUR: Keadaan jerebu di negara ini terus menunjukkan pemulihan apabila jumlah stesen yang merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap Tidak Sihat berkurangan kepada 28 setakat 4 petang ini.

Berdasarkan data Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) Jabatan Alam Sekitar (JAS), Seri Manjung di Perak menjadi stesen terbaharu kembali ke tahap Sederhana selepas mencatat bacaan IPU 98 berbanding 108 pada 3 petang.

Seri Manjung menyertai Banting dan Kuala Selangor yang terlebih dahulu kembali ke tahap Sederhana pada sebelah petang.

Bagaimanapun, Tangkak di Johor kekal merekodkan bacaan IPU tertinggi negara pada paras 185, tidak berubah berbanding bacaan pada 2 petang.

Tangkak diikuti Larkin dan Pasir Gudang yang masing-masing mencatatkan bacaan 182, manakala Segamat dan Batu Pahat merekodkan bacaan 176.

Batu Pahat yang mencatat bacaan IPU tertinggi negara pada 10 pagi iaitu 190 kini menunjukkan penurunan sebanyak 14 mata.

Di Negeri Sembilan, Seremban merekodkan bacaan 172, diikuti Nilai (168) dan Port Dickson (160).

Di Lembah Klang, Cheras mencatatkan bacaan 169 manakala Batu Muda merekodkan bacaan 160. Klang mencatatkan bacaan 147, sementara Shah Alam, Johan Setia dan Petaling Jaya masing-masing merekodkan bacaan 159, 157 dan 155.

Di Pantai Timur, Balok Baru di Kuantan meningkat kepada 153 berbanding 151 pada 3 petang, sekali gus mengatasi Indera Mahkota yang merekodkan bacaan 152.

Di Sarawak, Kuching kekal pada tahap Tidak Sihat dengan bacaan 153, manakala Samarahan kembali mencatat bacaan Sederhana pada paras 96.

Secara keseluruhan, daripada 68 stesen pemantauan kualiti udara di seluruh negara, sebanyak 28 stesen merekodkan bacaan Tidak Sihat antara 101 hingga 200, manakala 40 stesen berada pada tahap Sederhana antara 51 hingga 100.

Tiada stesen merekodkan bacaan pada tahap Baik atau Sangat Tidak Sihat.

Bacaan IPU terendah direkodkan di Langkawi, Kedah (54), diikuti Tawau, Sabah (56) dan Sandakan, Sabah (57).

Mengikut klasifikasi APIMS, bacaan IPU antara 101 hingga 200 dikategorikan sebagai tidak sihat, manakala bacaan antara 51 hingga 100 berada pada tahap sederhana.

Orang ramai dinasihatkan mengurangkan aktiviti luar dan mematuhi nasihat kesihatan yang dikeluarkan pihak berkuasa sepanjang tempoh jerebu.

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI

  • Q: Berapakah jumlah stesen yang merekodkan bacaan IPU Tidak Sihat setakat 4 petang? 
    A: Sebanyak 28 stesen merekodkan bacaan IPU pada tahap Tidak Sihat setakat 4 petang.
  • Q: Stesen manakah yang mencatat bacaan IPU tertinggi dan berapakah nilainya? 
    A: Tangkak di Johor mencatat bacaan IPU tertinggi negara pada paras 185.
  • Q: Apakah nasihat kepada orang ramai sepanjang tempoh jerebu? 
    A: Orang ramai dinasihatkan mengurangkan aktiviti luar dan mematuhi nasihat kesihatan yang dikeluarkan pihak berkuasa.
  • Q: Berapakah jumlah stesen yang berada pada tahap Sederhana dan apakah julat bacaan IPU bagi kategori ini? 
    A: Sebanyak 40 stesen berada pada tahap Sederhana dengan bacaan IPU antara 51 hingga 100.
  • Q: Apakah bacaan IPU terendah yang direkodkan dan di mana lokasinya? 
    A: Bacaan IPU terendah direkodkan di Langkawi, Kedah dengan bacaan 54.

Product Recommendation Section Title

SOME BY MI Daily Mask 30pcs

SOME BY MI Daily Mask 30pcs

Must Watch Video

Advertisement