Skip to main content

Malaysia

Jerebu: Serian catat IPU sangat tidak sihat setakat 4 petang

SERIAN, 4 Sept - Keadaan berjerebu yang dirakam di Jalan Serian-Sri Aman, hari ini. Daerah Serian mencatatkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) 518 setakat 10 pagi ini, sekali gus berada pada tahap sangat berbahaya akibat jerebu rentas sempadan. - fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA
Kawasan IPD Serian di Sarawak catat bacaan IPU pada tahap sangat tidak sihat 236 setakat 4 petang ini. -Gambar fail/Bernama
Advertisement

KUALA LUMPUR: Kawasan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serian di Sarawak mencatatkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap sangat tidak sihat setakat 4 petang ini, iaitu 236.

Menurut portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS), empat kawasan di Sarawak pula mencatatkan bacaan tidak sihat iaitu Sri Aman (199), Samarahan (179), Kuching (174) dan Sarikei (115).

Selain itu, 50 kawasan di seluruh negara merekodkan bacaan IPU pada tahap sederhana, manakala 12 kawasan lagi mencatatkan bacaan pada tahap baik.

Bacaan IPU antara sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) manakala 301 dan ke atas (berbahaya).

-- BERNAMA

 

Must Watch Video

Advertisement