KUALA LUMPUR: Tiada kawasan di seluruh negara mencatatkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap sangat tidak sihat atau berbahaya setakat 9 pagi ini, manakala hanya enam kawasan merekodkan bacaan tidak sihat.
Menurut portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS), Serian di Sarawak mencatatkan bacaan IPU tertinggi iaitu 185, diikuti Sri Aman (174), Samarahan (156), Kuching (156) dan Sibu (109).
Di Semenanjung, Johan Setia, Selangor mencatatkan bacaan IPU 120.
Secara keseluruhan, sebanyak 54 kawasan di seluruh negara merekodkan bacaan IPU pada tahap sederhana, manakala lapan kawasan lagi mencatatkan bacaan tahap baik.
Bacaan IPU antara sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat), manakala 301 dan ke atas (berbahaya).
-- BERNAMA