Skip to main content

Malaysia

Jerebu: Tiada taska diarah tutup, aktiviti luar dihentikan - Nancy

Nancy ditemui pemberita selepas perasmian Program Empowerus 2026 "Empowering Leaders: Sustainable, Resilient and Ethical Leadership" di Pustaka Negeri Sarawak hari ini.  - Foto Bernama
Nancy ditemui pemberita selepas perasmian Program Empowerus 2026 "Empowering Leaders: Sustainable, Resilient and Ethical Leadership" di Pustaka Negeri Sarawak hari ini. - Foto Bernama

Advertisement

Ringkasan AI

  • Tiada taska diarahkan tutup setakat ini akibat jerebu, namun semua aktiviti luar kanak-kanak perlu dihentikan untuk keselamatan.
  • Keputusan tidak menutup taska mengambil kira keperluan ibu bapa yang bergantung kepada perkhidmatan tersebut ketika bekerja.
  • Ibu bapa dinasihatkan membawa anak ke doktor jika menunjukkan gejala sakit semasa jerebu berterusan.

KUCHING: Tiada taman asuhan kanak-kanak (taska) diarah tutup setakat ini susulan keadaan jerebu, namun semua aktiviti luar perlu dihentikan bagi mengurangkan pendedahan kanak-kanak kepada udara tercemar.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri berkata keputusan untuk tidak mengarahkan penutupan taska secara menyeluruh mengambil kira keperluan ibu bapa yang bergantung kepada perkhidmatan itu ketika bekerja.

Beliau berkata ibu bapa diberi budi bicara untuk menentukan sama ada mahu menghantar anak ke taska atau tidak, khususnya di kawasan yang sekolahnya telah diarahkan tutup susulan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang tinggi.

“Kami memahami ada ibu bapa yang tidak boleh membiarkan anak mereka di rumah begitu sahaja kerana tiada individu yang boleh menjaga mereka.

“Jadi, mungkin ibu bapa boleh berbincang dengan majikan atau pihak taska masing-masing mengenai langkah yang perlu diambil. Namun, perkara utama yang perlu dipatuhi ialah kanak-kanak tidak dibenarkan bermain di luar,” katanya kepada selepas menyempurnakan program Empowerus 2026 bertemakan “Empowering Leaders: Sustainable, Resilient and Ethical Leadership” di sini, hari

Nancy berkata ibu bapa juga dinasihatkan supaya membawa anak mendapatkan pemeriksaan doktor sekiranya mereka menunjukkan gejala sakit ketika keadaan jerebu berterusan.

-- BERNAMA

Must Watch Video

Advertisement