Skip to main content

Malaysia

Jerebu: Umat Islam diseru adakan solat hajat serentak di seluruh negara

Zulkifli mengajak solat hajat dijalankan secara serentak di seluruh masjid dan surau di Wilayah Persekutuan. - Gambar fail/BERNAMA
Zulkifli mengajak solat hajat dijalankan secara serentak di seluruh masjid dan surau di Wilayah Persekutuan. - Gambar fail/BERNAMA

Advertisement

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan menyeru umat Islam untuk mengadakan solat hajat susulan situasi jerebu yang melanda negara ketika ini.

Menerusi hantaran di Facebook semalam, Zulkifli mengajak solat hajat dijalankan secara serentak di seluruh masjid dan surau di Wilayah Persekutuan. 

“Jerebu makin teruk, senjata kita adalah doa. Saya menyeru solat hajat diadakan serentak di seluruh masjid dan surau Wilayah Persekutuan.

“Moga Allah SWT mencurahkan rahmat dan hujan yang bermanfaat,” katanya dalam hantaran itu. 

-- BERNAMA

 

 

 

Must Watch Video

Advertisement