awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KKDW nilai cadangan sokongan bagi usahawan profesional buka klinik fisioterapi luar bandar
Dr Akmal masih jalankan tugas Exco Melaka seperti biasa - KM
Penembak bekas PM Jepun Shinzo Abe fail rayuan terhadap hukuman penjara seumur hidup
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jerebu: UPSRA, UPKK di SRA Wilayah Persekutuan ditangguh 1 Okt

Bernama
Bernama
28/09/2015
00:18 MYT
Jerebu: UPSRA, UPKK di SRA Wilayah Persekutuan ditangguh 1 Okt
Berikutan penangguhan itu, peperiksaan syafawi UPSRA akan diadakan pada 1 dan 2 Okt manakala peperiksaan bertulis UPSRA dan UPKK akan diadakan pada 5 hingga 8 Okt. -Gambar hiasan
Ujian Penilaian Sekolah Rendah Agama (UPSRA) dan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) yang dijadual bermula Isnin di sekolah-sekolah rendah agama di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, ditangguhkan berikutan semua sekolah berkenaan ditutup Isnin akibat jerebu.
Timbalan Pengarah Operasi Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Yaakob Abdul Rahim berkata berikutan penangguhan itu, peperiksaan syafawi UPSRA akan diadakan pada 1 dan 2 Okt manakala peperiksaan bertulis UPSRA dan UPKK akan diadakan pada 5 hingga 8 Okt.
Beliau berkata semua sekolah berkenaan, yang di bawah seliaan JAWI, akan dibuka semula pada Selasa dan tertakluk kepada tahap Indeks Pencemaran Udara (IPU) dan arahan keselamatan dari semasa ke semasa.
"Penutupan sekolah itu adalah selaras dengan keputusan Kementerian Pelajaran dan kebertanggungjwaban pentadbiran kerajaan di Wilayah Persekutuan terhadap keselamatan dan kesihatan pelajar, pendidik dan pengurus sekolah," katanya dalam kenyataan di sini, Ahad.
Kementerian Pendidikan hari ini mengumumkan mengenai penutupan semua sekolah di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Pahang serta Tanjung Malim di Perak, Sri Aman, Kuching dan Samarahan di Sarawak esok berikutan bacaan IPU sangat tidak sihat (201-300) dan tidak sihat (101-200).
Topic Berkaitan
#ditangguhkan
#jerebu
#sekolah agama
#UPKK
#UPSRA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan