GADGETS
Jerneh H20: UTM cipta penapis air poket untuk situasi darurat
Jerneh H20 iaitu inovasi penapis air bersaiz kecil, tanpa elektrik, dan cukup ringkas sehingga boleh disimpan dalam poket.
KUALA LUMPUR: Di banyak kawasan di Malaysia, air bukanlah masalah, hujan turun hampir setiap minggu, sungai mengalir merentas negeri dan banjir pula hampir menjadi rutin tahunan di Pantai Timur. Namun, ironinya, ketika air melimpah di depan mata, ramai komuniti masih bergelut untuk mendapatkan air bersih.
Ringkasan AI
Kontradiksi inilah yang menggerakkan sekumpulan penyelidik di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) untuk mencari jawapan.
Soalan paling asas tetapi paling kritikal: Mengapa rakyat Malaysia masih sukar mendapatkan air bersih walaupun negara ini kaya dengan sumber air?
Daripada keresahan itu, lahirlah Jerneh H20 iaitu inovasi penapis air bersaiz kecil, tanpa elektrik, dan cukup ringkas sehingga boleh disimpan dalam poket.
Air banyak, tetapi tidak selalu bersih
Menurut Pengerusi Penyelidikan Bersekutu Bahan Terkehadapan UTM, Prof. Ts. Dr. Mohd Hafiz Dzarfan Othman, permasalahan akses air bersih ketika bencana sering berulang, meskipun bantuan dihantar segera.
“Kalau kita tengok Pantai Timur, bila banjir, air memang banyak. Tapi komuniti tetap hadapi masalah bekalan air bersih,” katanya. “Sistem rawatan yang dibawa oleh NGO atau agensi kerajaan selalunya guna mesin besar, perlukan elektrik. Bila elektrik terputus, teknologi itu tak dapat digunakan.”
Situasi itu menjadi titik tolak kepada pasukannya di Advanced Membrane Technology Research Centre (AMTEC), sebuah pusat kecemerlangan penyelidikan yang sudah lebih 20 tahun meneroka teknologi membran.
“Kami mula fikir, kalau kita boleh hasilkan sesuatu yang tak perlukan elektrik, cukup dengan sedutan graviti sahaja…bukankah itu boleh menyelamatkan banyak nyawa?”
Daripada graviti ke gelas minum: Teknologi yang menyederhanakan masalah
Jerneh H20 dicipta dengan falsafah yang jelas, mudah, murah dan boleh digunakan sesiapa sahaja.
Penapis ini menampilkan teknologi mikrofiltrasi, membolehkan ia menyingkirkan pepejal terampai, bakteria dan kandungan minyak. Ia direka untuk menapis air sungai atau air banjir yang mempunyai zarah-zarah kasar serta mikroorganisma peringkat bakteria.
Namun, Prof. Hafiz tidak menyorokkan batas kemampuan teknologinya.
“Kalau ada virus, dissolve ion, heavy metal — itu tak boleh. Kita jujur. Setiap membran ada keupayaan berbeza. Untuk kategori bakteria, ya. Untuk virus, tidak.”
Jerneh H20 bukan mesin rawatan air industri. Ia tidak direka untuk menyelesaikan semua jenis pencemaran air, tetapi ia boleh menyelamatkan keadaan dalam situasi darurat, terutama di lokasi bencana atau kawasan pedalaman.
Kecil, murah dan boleh dibawa ke mana-mana
“Kita nak produk ini ada di semua rumah,” kata Prof. Hafiz. “Harganya tak mahal, kurang daripada RM100.”
Dengan harga mesra rakyat, produk bersaiz poket ini menyasarkan komuniti paling terkesan penduduk luar bandar, sukarelawan bencana, pendaki, nelayan, atau sesiapa yang memerlukan akses air bersih ketika bergerak.
Tiada bateri. Tiada pam. Tiada kebergantungan kepada tenaga. Hanya graviti dan rekabentuk membran yang halus.
Perjalanan penyelidikan yang panjang
Walaupun saiznya kecil, perjalanan menghasilkan Jerneh H20 jauh daripada mudah.
“Menghasilkan membran bersaiz kecil yang berfungsi dengan baik, tanpa elektrik, bukan tugas mudah,” jelas beliau. “Kebanyakan membran di pasaran perlukan pam dan tenaga. Kami ambil masa lama nak sempurnakan formula.”
Walaupun AMTEC terkenal sebagai antara pusat penyelidikan membran paling maju di Malaysia dan diiktiraf Kementerian Pendidikan Tinggi, Prof. Hafiz mengakui penembusan teknologi membran dalam pasaran tempatan masih perlahan.
“Penetration membrane ke market Malaysia agak rendah. Bila buat produk, kita kena tengok demand.”
Tetapi inovasi tidak boleh menunggu. Dan Jerneh H20 membuktikan bahawa penyelidikan universiti boleh melahirkan produk yang benar-benar digunakan masyarakat.
Sudah di pasaran, tapi masih belum dikenali
Jerneh H20 kini boleh didapati di platform e-dagang, namun kesedarannya dalam kalangan masyarakat masih rendah.
“Kita akui promosi perlu diperkuatkan, banyak pihak belum kenal produk ni,” kata Prof. Hafiz. “Kita tak kata produk ini sempurna. Ada elemen air yang kita belum boleh pisahkan. Tapi sebagai alternatif mudah, murah dan tanpa elektrik dan ia menawarkan penyelesaian.”
Baginya, inovasi tidak berhenti di sini.
“Masih banyak ruang penambahbaikan. Teknologi membran sentiasa berkembang. Yang penting, ia terus memudahkan hidup masyarakat.”
Air bersih sebagai hak asasi, bukan kemewahan
Di negara yang tidak pernah kekurangan hujan, idea bahawa rakyat masih kekurangan air bersih adalah sesuatu yang tidak boleh diterima.
Jerneh H20 bukan sekadar produk; ia adalah manifestasi usaha penyelidik tempatan untuk mengisi jurang yang nyata.
Dan di satu sudut makmal UTM, pasukan AMTEC masih terus bereksperimen, memecahkan formulasi, menguji membran baharu kerana bagi mereka, air bersih bukan sekadar keperluan. Ia adalah misi.
Ringkasan AI
- Banyak sumber air, tetapi ramai rakyat susah dapat air bersih.
- Inovasi Jerneh H20 penapis air mudah dan ringkas, tanpa elektrik.
- Produk bersaiz poket dijangka beri impak besar, terutama untuk komuniti luar bandar dan dalam keadaan bencana.

#bekalan air
#Universiti Teknologi Malaysia
#Jerneh H20
#Festival Ideas Putrajaya
#Kementerian Pendidikan Tinggi