awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sempadan Rafah dibuka semula secara rasmi
AOT cadang kenaikan 53% caj perkhidmatan penumpang penerbangan antarabangsa Thailand
Waris Sultan Zainal Abidin III diminta tampil, selesai tuntutan tanah pusaka
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JHEAIK panggil pendakwah terkenal berkaitan video tular puji guru keterlaluan

Bernama
Bernama
13/10/2024
11:02 MYT
JHEAIK panggil pendakwah terkenal berkaitan video tular puji guru keterlaluan
Datuk Abd Ghani @ Zulkifli Zainuddin berkata pihaknya sudah menasihatkan pendakwah berkenaan Syeikh Muhd Zainul Asri Mohd Romli dan mendapatkan penjelasan berkaitan video terbabit. - FB Majlis Agama Islam Negeri Kedah
ALOR SETAR: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JHEAIK) sudah memanggil seorang pendakwah berkaitan video sekumpulan pelajar mengalunkan bait tertentu dalam bahasa Arab yang memuji guru mereka secara keterlaluan dalam sebuah majlis ulang tahun kelahiran.
Pengarahnya Datuk Abd Ghani @ Zulkifli Zainuddin berkata pihaknya juga sudah menasihatkan pendakwah berkenaan Syeikh Muhd Zainul Asri Mohd Romli dan mendapatkan penjelasan berkaitan video terbabit.
Beliau berkata Muhd Zainul mengakui video itu dirakam pada 2020 namun hanya tular baru-baru ini.
"Menurut beliau perkara tersebut berlaku secara spontan bukan atas kehendak beliau. Beliau turut tidak bersetuju dengan perkara tersebut dan sekadar meraikan hasrat pelajar beliau bertujuan meraikan sambutan hari lahirnya.
"Pihak JHEAIK telah memberikan teguran dan nasihat agar lebih berhati-hati dalam membesarkan mana-mana individu secara keterlaluan kerana dikhuatiri boleh menimbulkan persepsi negatif dan ketaksuban melampau jika tidak dibendung. Ia juga boleh mengakibatkan masyarakat terjerumus kepada amalan yang bercanggah dengan akidah," katanya dalam kenyataan hari ini.
JHEAIK-PENDAKWAH 2 (AKHIR) ALOR SETAR
Abd Ghani berkata JHEAIK turut mengarahkan Muhd Zainul agar menyampaikan teguran dan nasihat kepada pelajar serta pengikut beliau.
Beliau berkata pendakwah itu akur dan mengakui kesilapan, dan bersedia menerima teguran serta akur dengan tindakan susulan yang akan diambil seterusnya oleh pihak JHEAIK.
"JHEAIK berharap semua pihak di negeri ini berhati-hati dalam memberikan penghormatan kepada mana-mana individu yang boleh membawa kepada pemujaan melampau agar perkara seumpama ini tidak berulang," katanya.
Sebelum ini, klip video berdurasi 54 saat tular selepas dimuat naik seorang pengguna Facebook yang mempersoalkan tindakan sekumpulan pelajar memuji Muhd Zainul secara keterlaluan sehingga mengundang pelbagai reaksi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#JHEAIK
#pendakwah
#video tular
#puji guru
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan