awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perunding perjanjian plastik global berkumpul lantik pengerusi baharu
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Diaspora India berperanan dalam pembangunan Malaysia - PM Modi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JHEAINS tahan tiga beranak disyaki pengikut ajaran Ahmadi Religion

Bernama
Bernama
24/10/2024
00:40 MYT
JHEAINS tahan tiga beranak disyaki pengikut ajaran Ahmadi Religion
Ahmad Zaki menunjukkan akaun laman sosial bertentangan dengan hukum syarak pada sidang media mengenai tangkapan melibatkan pengikut ajaran Ahmadi Religion. - Gambar Bernama
SEREMBAN: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) menahan tiga beranak di sebuah rumah di Ampangan, dekat sini, pada Rabu kerana disyaki menjadi pengikut ajaran Ahmadi Religion.
Ketua Unit Operasi Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Hal Ehwal JHEAINS, Ahmad Zaki Hamzah berkata, suspek terdiri daripada sepasang suami isteri masing-masing berusia lingkungan 50 hingga 60 tahun dan anak perempuan mereka yang berumur lewat 20-an.
Beliau berkata, pasukan penguat kuasa merampas pelbagai dokumen disyaki mempunyai kaitan dengan ajaran itu yang bertentangan dengan hukum syarak dalam serbuan pada 2 petang tadi.
"Kami turut menemukan bukti tiga beranak ini sudah berbaiah. Hasil siasatan awal mendapati lelaki berkenaan sudah lama tidak menunaikan solat lima waktu dan berpuasa pada Disember.
"Mereka juga terpengaruh dan belajar ajaran berkenaan menerusi media sosial terutamanya YouTube," katanya kepada pemberita, di sini, pada Rabu.
Ahmad Zaki berkata, siasatan sedang dilakukan mengikut Seksyen 52 dan 35 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) 1992 (Pindaan 2019). - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ahmadi Religion
#ajaran sesat
#Jheains
#baiah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan