awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JHEAT laksana kempen cegah maksiat sempena hari kekasih

Sinar Harian
Sinar Harian
12/02/2023
03:40 MYT
JHEAT laksana kempen cegah maksiat sempena hari kekasih
Pegawai penguatkuasa syariah mengedarkan risalah kempen 'Say No To Valentine Day' kepada orang ramai. - Foto JHEAT
KUALA TERENGGANU: Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) melaksanakan kempen 'Say No To Valentine Day ' sebagai usaha pencegahan kepada maksiat dan perlakuan tidak senonoh pada hari kekasih yang disambut setiap 14 Februari.
Ketua Penolong Pesuruhjaya Bahagian Penguatkuasaan JHEAT, Khairul Azizi Idris berkata, dakwah jalanan itu diadakan di pusat beli-belah dan beberapa kawasan tumpuan pelancong di sekitar Bandaraya Kuala Terengganu pada Sabtu.
Menurutnya, seramai 20 pegawai penguat kuasa syariah terlibat dalam kempen tersebut dalam usaha memberi pendidikan dan kesedaran mengenai sambutan hari kekasih yang bercanggah dengan Islam.
"Program ini bertujuan memberi peringatan kepada masyarakat berkaitan sambutan hari kekasih yang mana ramai pasangan muda mengambil kesempatan meraikannya hingga terjebak dengan maksiat," katanya pada Ahad.
Khairul Azizi berkata, antara kesalahan yang sering dikesan adalah di bawah Seksyen 29, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) 2001 iaitu perbuatan sebagai persediaan untuk melakukan persetubuhan luar nikah.
Selain itu katanya, ada juga pasangan yang ditangkap di bawah Seksyen 31, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) 2001 Terengganu kerana berkhalwat.
Jelas beliau, jika sabit kesalahan pesalah bagi kedua-dua kesalahan itu boleh dikenakan hukuman denda maksimum sebanyak RM3,000 atau penjara tidak lebih dari dua tahun atau kedua-duanya sekali.
"Kita tidak mahu ada yang melakukan kesalahan ini jadi, JHEAT mengambil pendekatan pencegahan supaya orang ramai khususnya remaja sedar bahawa hari kekasih tidak wajar disambut sekaligus terhindar dari maksiat," katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Hari Kekasih
#JHEAT
#Say No To Valentine Day
#Maksiat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan